Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata pemandu berusia 40 tahun itu ditahan pagi tadi.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, hasil saringan ujian air kencing pemandu berusia 40 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine sebelum ditahan awal pagi tadi.
Katanya, lelaki terbabit dibawa ke IPD Bentong untuk ujian saringan air kencing sebaik selesai menerima rawatan di hospital.
“Penahanan ke atas pemandu terbabit dilakukan pemandu kira-kira 4 pagi sebelum dibawa ke Mahkamah Raub untuk permohonan reman,” katanya, menurut Sinar Harian.
Semalam, polis mengesahkan pemandu terbabit dikesan mempunyai 15 rekod saman trafik.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang, empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap treler terbabit.
Mangsa yang maut sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat.
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman dipetik berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang membawa muatan habuk kayu itu hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kereta mangsa.
Katanya, ketika kejadian treler terbabit dalam perjalanan menghantar muatan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.