`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Sunday, June 14, 2026

4 termasuk bayi maut kereta dihempap treler terbalik di LPT1

 Bomba berkata semua mangsa maut dilokasi kejadian akibat tersepit dalam kereta yang dinaiki mereka.

Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang remuk selepas dihempap sebuah treler terbalik di KM43.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 menghala ke Karak, Bentong, petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah treler yang terbalik di KM43.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Karak, Bentong, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang maut sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat, setahun, lapor Sinar Harian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pemandu lori treler berusia 40 tahun cedera.

Katanya, bomba menerima panggilan panggilan berhubung kejadian itu pada 4.35 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Bentong dikejarkan ke lokasi kemalangan.

“Anggota bersama jentera yang tiba di lokasi pada 5.15 petang bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Honda City menggunakan peralatan menyelamat khas,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami mereka.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserakan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.