`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Saturday, June 13, 2026

Ulama PAS sehati sejiwa, nafi ada 2 kem

 Ketua Dewan Ulama Ahmad Yahaya nafi berlaku perpecahan dalam kalangan agamawan PAS susulan keputusan henti kerjasama politik dengan Bersatu.

Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71
Semua peringkat Dewan Ulama PAS sama ada pusat mahupun negeri akan terus menyokong dan melaksanakan setiap keputusan dibuat kepimpinan parti.
PETALING JAYA:
Tiada dua kem dalam kalangan agamawan PAS sebaliknya Ketua Dewan Ulama Ahmad Yahaya menegaskan semua ahli kekal bersatu dan menyokong penuh setiap keputusan kepimpinan pusat.

Katanya, Dewan Ulama PAS di semua peringkat tetap sehati sejiwa dan menjunjung segala keputusan dibuat pucuk pimpinan parti.

“Kita ingin menyatakan pada malam ini bahawa ulama PAS bersatu, ulama PAS sehati sejiwa dan ulama PAS menjunjung serta menerima apa sahaja keputusan dibuat di peringkat pusat PAS,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya PAS Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian susulan keputusan terbaru jawatankuasa pusat menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa keputusan itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Majlis Syura Ulama.

Katanya, sejak awal lagi pihaknya menerima maklumat mengenai percanggahan pandangan antara kem Majlis Syura atau kem ulama dengan kem teknokrat yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

Menurutnya, beliau difahamkan kelompok ulama dalam PAS berpandangan hubungan dengan Bersatu tidak wajar diputuskan kerana perbezaan sedia ada dianggap ‘mudarat lebih kecil’, berbanding risiko perpecahan yang boleh menguntungkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Sementara itu, Ahmad berkata semua peringkat Dewan Ulama PAS sama ada pusat mahupun negeri akan terus menyokong dan melaksanakan setiap keputusan dibuat kepimpinan parti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jentera pilihan raya parti khususnya anggota Dewan Ulama atas komitmen dan khidmat mereka sepanjang masa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.