`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Friday, June 12, 2026

1.88 juta rakyat terima manfaat skim perlindungan mySalam

 Jumlah tuntutan dibayar mencecah RM1.423 bilion hingga 31 Dis 2025.

mysalam
Skim perlindungan kesihatan sosial, mySalam, beri manfaat kepada 1.88 juta rakyat.
KUALA LUMPUR:
Skim perlindungan kesihatan sosial, mySalam, yang dikelola Kementerian Kewangan memberi manfaat kepada sebanyak 1.88 juta rakyat, dengan jumlah tuntutan dibayar mencecah RM1.423 bilion hingga 31 Dis 2025.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata program yang bermula pada 2019 dengan dana RM2.37 bilion itu kini menyediakan perlindungan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan pasangan yang layak hingga usia 65 tahun.

Fahmi berkata penerima yang layak boleh mendapat tiga bentuk manfaat utama iaitu elaun hospitalisasi sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari atau RM700 setahun, bantuan sekali bayar sehingga RM8,000 bagi 50 penyakit kritikal serta tuntutan kos peranti perubatan sehingga maksimum RM30,000.

“Bagi manfaat hospitalisasi, sebanyak 1.294 juta penerima menerima manfaat dan jumlah yang disampaikan kepada mereka berjumlah RM394.87 juta,” katanya pada sidang media.

Bagi kategori penyakit kritikal, skim itu memberi manfaat kepada 89,085 penerima dengan jumlah bayaran RM712.68 juta, manakala bagi peranti perubatan melibatkan 13,128 penerima dengan peruntukan sebanyak RM65.257 juta.

Prestasi skim berkenaan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.