`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Thursday, June 11, 2026

Onn Hafiz nafi bubar DUN awal kerana yakin BN menang

 Pengerusi BN Johor menyifatkan dakwaan itu sebagai hasutan kerana kerajaan negeri pimpinannya amat mengutamakan kebajikan rakyat.

Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata pembubaran DUN dibuat lebih awal disebabkan mengambil kira beberapa faktor yang akan berlaku. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Onn Hafiz Ghazi nafi dakwaan sesetengah pihak tindakannya membubarkan DUN lebih awal kerana yakin Barisan Nasional (BN) akan menang PRN ke-16.

Menteri besar yang juga pengerusi BN Johor turut menyifatkan dakwaan itu sebagai hasutan kerana kerajaan negeri pimpinannya amat mengutamakan kebajikan rakyat.

Katanya, pembubaran DUN dibuat lebih awal disebabkan mengambil kira beberapa faktor yang akan berlaku, lapor Harian Metro.

“Ramai orang tertanya-tanya kenapa kita bubar sekarang sedangkan kita ada masa sampai April tahun depan. Jawapannya ialah kita sudah lihat jadual tahun hadapan.

“Bulan tiga (Mac) dan empat (April adalah) bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri. Di Johor, kebiasaannya kita (adalah) raya terlajak. Daripada sebulan hari raya, kadang-kadang terlajak sehingga sebulan setengah di Johor dan sebelum raya itu pula adalah puasa.

“Bulan dua (Februari) ‘Gong Xi Fa Cai’ atau Tahun Baharu Cina. Bulan satu (Januari), bulan 12 (Disember) dan bulan 11 (November) biasanya musim tengkujuh dan pada masa itu juga ada (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Adun Machap berkata, disebabkan itu juga pilihan yang ada untuk membubarkan DUN Johor adalah terhad.

Menurutnya, tarikh pilihan yang ada untuk membubarkan DUN Johor bagi membolehkan PRN berlangsung adalah pada masa ini sehingga Oktober.

“Sekarang kita semua tahu, negara (dan) dunia berdepan dengan krisis global. Apa yang berlaku di Asia Barat di Selat Hormuz dan sebagainya mempunyai impak yang besar kepada ekonomi negara dan juga Johor.

“Apabila perkara ini dibawa kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Johor (Sultan Ibrahim) dan Pemangku Sultan Johor (Tunku Mahkota Ismail), mereka menegaskan kita perlu mendapat mandat rakyat pada kadar segera.

“(Ia) supaya kita boleh membentuk satu kerajaan stabil dan berdepan dengan krisis atau ekonomi global yang tidak menentu. Dengan keadaan dunia penuh ketidaktentuan, Johor mesti memastikan kestabilan,” katanya.

Beliau juga menafikan situasi gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR yang berpecah antara pertimbangannya untuk membubarkan DUN.

“Sama ada ia (PN atau PH berpecah) berikan kelebihan atau tidak, perkara itu (pembubaran DUN) tidak pernah dalam pertimbangan. Pertimbangan (kita) adalah mengutamakan Johor dahulu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.