Mahkamah Daerah Nicosia keluar susulan permohonan bersama oleh peguam negara Cyprus dan pihak berkuasa antipengubahan wang haram negara itu, Mokas.

Memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Cyprus, laporan itu menyebut Mahkamah Daerah Nicosia mengeluarkan perintah pada Selasa susulan permohonan bersama oleh Peguam Negara Cyprus George Savvides dan pihak berkuasa antipengubahan wang haram negara itu, Mokas.
Peguam yang mewakili Low dilaporkan bersetuju dengan permohonan itu.
Vila yang dianggarkan bernilai kira-kira enam juta euro (RM30.5 juta) itu terletak di bandar peranginan pesisir pantai Ayia Napa dan diperoleh menerusi program kewarganegaraan melalui pelaburan Cyprus yang kini telah dihentikan, atau lebih dikenali sebagai skim ‘pasport emas’.
Permohonan sitaan itu difailkan di bawah undang-undang Cyprus berkaitan pencegahan dan pembanterasan aktiviti pengubahan wang haram dan dipercayai menjadi kes pertama sebuah mahkamah Cyprus mengarahkan penyitaan harta tanpa sabitan jenayah.
Low, yang dituduh menyeleweng kira-kira USD4.5 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diberikan kewarganegaraan Cyprus pada 2015.
Cyprus menarik balik kewarganegaraan Low pada Jun 2024, hampir sedekad selepas beliau memperoleh pasport menerusi pelaburan hartanah di pulau itu.
Menurut laporan itu, walaupun Low dilaporkan disiasat ketika itu, beliau tidak disenaraikan secara rasmi sebagai individu dikehendaki sehingga Oktober 2016, apabila Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah terhadapnya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.