`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Saturday, June 13, 2026

Kekal atau keluar terpulang pada Bersatu, kata Hadi, Samsuri selepas majlis parti baharu Hamzah

 PAS juga tidak ada masalah sekiranya Parti Wawasan Negara berhasrat menyertai PN, kata Presiden Hadi Awang.

samsuri mokhtar hadi awang
Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata terpulang kepada Bersatu untuk kekal atau keluar daripada PN. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Terpulang kepada Bersatu untuk keluar atau kekal dalam Perikatan Nasional (PN), kata Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar selepas pelancaran parti baharu Hamzah Zainudin petang tadi.

Mereka berkata demikian ketika ditanya pada sidang media adakah PN akan terima Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyertai gabungan itu.

Hadi ketika menjawab pertanyaan yang ditujukan kepadanya berkata: “Kita PAS dah bersetuju dan kita dah berpisah dengan Bersatu.”

“Jadi terpulanglah kepada dia (Bersatu) nak keluar atau nak serah lagi, tapi Wawasan nak masuk PN, tidak ada masalah.”

Samsuri mencelah untuk menerangkan proses menyertai PN. “Prosesnya mana-mana parti yang ingin memohon masuk ke dalam PN perlu membuat permohonan dan kita akan adakan mesyuarat.”

Beliau senada dengan Hadi berhubung Bersatu. “Terpulang kepada parti itulah untuk kekal dalam PN atau mengeluarkan diri dia dalam PN.”

Dalam pada itu, Samsuri meminta media menunggu mesyuarat akan datang, ketika ditanya sama ada Bersatu akan disingkirkan daripada PN. “Kita tengok mesyuarat akan datang,” katanya.

Ditanya sama ada PN menetapkan hala tuju baharu dalam perjalanan politiknya susulan pelancaran Wawasan, Samsuri berkata ia akan dibincangkan dengan parti-parti komponen PN.

“Kita akan bincangkan secara bersama dengan parti-parti kompenan dalam PN. Kita tidak buat keputusan sendiri-sendiri, kita buat cara musyawarah bersama rakan yang setia dengan PN,” katanya.

Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, melancarkan Wawasan pada majlis yang dihadiri Hadi, Samsuri, Presiden Gerakan Dominic Lau, dan beberapa Ahli Parlimen Bersatu dikaitkan dengannya, seperti Ronald Kiandee (Beluran) dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Pelancaran ini empat bulan selepas beliau dipecat Bersatu susulan krisis kepimpinan dengan Presiden Muhyiddin Yassin. Hamzah memegang jawatan timbalan presiden Bersatu sebelum dipecat.

Hamzah memberitahu hadirin bahawa nama parti baharu diberikan oleh Hadi, dan pihaknya mahu terlibat dengan PN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.