Naib Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah dakwa perkara itu dipersetujui dengan rakan komponen termasuk Amanah yang sebelum ini turut menuntut kerusi terbabit.

Bercakap kepada FMT, Naib Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah mendakwa perkara itu telah dipersetujui dengan rakan komponen termasuk Amanah yang sebelum ini turut menuntut kerusi terbabit.
Sebelum ini Amanah memaklumkan parti itu mahu mengambil balik kerusi berkenaan yang ‘dipinjamkan’ kepada Muda berikutan tiada lagi kerjasama parti itu dengan PH.
“Saya boleh sahkan DUN Puteri Wangsa akan ditandingi PKR.
“Calon kita akan dipertaruhkan pastinya yang boleh menang,” kata Ahli Parlimen Tebrau itu.
Difahamkan, Amanah akan bertanding di kerusi Larkin yang pada PRN 2022 ditandingi PKR.
Semalam, Bernama melaporkan Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata setakat ini belum ada keputusan muktamad mengenai pengagihan dua kerusi terbabit.
Pada PRN Johor 2022, Muda menerusi Amira Aisya Abd Aziz menang di Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi.
Sementara itu, BN menguasai DUN Larkin selepas calonnya Hairi Mad Shah menang dengan majoriti 6,178 undi.
Penamaan calon PRN Johor akan berlangsung 27 Jun depan dengan undi awal ditetapkan 7 Jul diikuti pengundian empat hari kemudiannya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.