`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 15, 2026

DAP keluar tak gugat kerajaan Melaka, tapi makin lebarkan jurang BN-PH

 Azmi Hassan berkata tindakan DAP mungkin didorong tekanan dalaman selepas prestasi merosot pada PRN Sabah dan Johor.

DAP semalam mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri Melaka selepas pindaan Perlembagaan yang membenarkan pelantikan sehingga tujuh Adun dilantik diluluskan DUN. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Keputusan DAP keluar kerajaan Melaka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri itu, namun langkah berkenaan berisiko melebarkan lagi jurang antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.

Azmi Hassan dan Ahmad Fauzi Abdul Hamid turut berpandangan pendirian dibuat kerana tidak berpuas hati selepas usul Adun dilantik diluluskan DUN Melaka juga mendedahkan percanggahan memandangkan Pakatan Harapan (PH) menerima konsep itu di negeri lain.

Azmi berkata pengunduran DAP tidak membawa perubahan kerana BN Melaka mempunyai majoriti dua pertiga dan sebelum ini menerima PH sebagai sebahagian pentadbiran supaya seiring dengan kerajaan perpaduan di Putrajaya.

Beliau mendakwa tindakan itu mungkin lebih didorong tekanan dalaman dihadapi parti berkenaan selepas perkembangan PRN Sabah dan Johor menyaksikan jumlah kerusinya merosot mendadak.

“Isu Adun lantikan di Melaka ini digunakan sebagai alasan dan platform mempamerkan kononnya mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan prinsip parti,” kata penganalisis dari Akademi Nusantara itu kepada FMT.

Ahmad Fauzi dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata keputusan DAP bukan sahaja melepaskan jawatan dalam kerajaan, malah mengisytiharkannya sebagai pembangkang boleh mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama PH-BN.

Menurutnya, DAP sebenarnya boleh kekal menyokong kerajaan negeri tanpa memegang jawatan pentadbiran sekiranya bantahan parti itu hanya tertumpu kepada pindaan berkaitan Adun lantikan.

“Kenapa perlu Adun PH-DAP mengumumkan mereka akan berperanan sebagai pembangkang dalam DUN?

“Bukankah mereka boleh kekal dalam kem kerajaan BN di Melaka, cuma tanpa memegang jawatan pentadbiran?,” soalnya.

Semalam, Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong umum parti itu keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Ab Rauf Yusoh dari BN, selepas DUN Melaka lulus pindaan Perlembagaan yang membenarkan pelantikan sehingga tujuh Adun dilantik.

Menurutnya, dua exco, dua timbalan exco dan timbalan speaker daripada parti itu akan meletakkan jawatan dalam pentadbiran negeri.

Beliau juga mendakwa pindaan itu bercanggah dengan prinsip asas demokrasi kerana wakil rakyat sepatutnya dipilih oleh rakyat, bukannya dilantik.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim meminta DAP menangguhkan keputusannya bagi memberikan tumpuan pada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Rauf pula dipetik berkata beliau tidak akan menghalang DAP daripada berbuat demikian selain menjelaskan pelantikan Adun dilantik dibuat dikalangan pakar serta profesional.

Menurut Azmi, kenyataan Khoo itu boleh menimbulkan polemik memandangkan PH yang dianggotai DAP menerima konsep Adun lantikan seperti di Pahang serta Sabah.

Ahmad Fauzi turut mempersoalkan ketiadaan pendirian jelas daripada kepimpinan pusat DAP dan PH mengenai konsep wakil lantikan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.