`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 15, 2026

Kedudukan kerusi Adun DAP Melaka berubah ke blok pembangkang

 Empat Adun itu ditempatkan bersama wakil rakyat Perikatan Nasional dan bebas selepas mereka umum tarik sokongan terhadap kerajaan negeri semalam.

Dewan-undangan-negeri-melaka-dun-melaka
Speaker DUN Melaka Ibrahim Durum berharap semua Adun dapat mengambil bahagian dalam persidangan dengan penuh disiplin walaupun kedudukan sebahagian daripada ahli diubah. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Kedudukan kerusi empat Adun DAP Melaka berubah ke blok pembangkang pada hari terakhir sidang DUN, hari ini.

Semua Adun itu kini ditempatkan bersama wakil rakyat Perikatan Nasional dan bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam.

Mereka ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

Bagaimanapun, kedudukan wakil tunggal Amanah yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pula kekal bersama blok kerajaan, dan dijarakkan daripada empat Adun berkenaan.

Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum, dalam ucapannya berharap semua Adun dapat mengambil bahagian dalam persidangan hari ini dengan penuh disiplin, berhemah, bersopan dan mematuhi peraturan-peraturan dewan.

“…walaupun kedudukan sebahagian daripada ahli-ahli Dewan Undangan telah pun diubah,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi menumpukan pembangunan dan kebajikan rakyat.

Ia susulan tindakan DAP Melaka yang mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas DUN meluluskan pindaan perlembagaan negeri bagi membolehkan pelantikan Adun secara lantikan.

Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata keputusan itu selaras pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah prinsip demokrasi dan pilihan raya.  - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.