Polis Selangor memaklumkan remaja perempuan 15 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Telok Datok pada 8 pagi.

PETALING JAYA: Suspek kes tikam pelajar di sebuah sekolah di Banting akan didakwa di mahkamah esok.
Polis Selangor memaklumkan pertuduhan akan dibuat pada 8 pagi esok di Mahkamah Telok Datok, lapor Sinar Harian.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.
Polis berkata keadaan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.
Suspek perempuan berusia 15 tahun itu telah direman empat hari sehingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.