Kenyataaan Mohd Amar Abdullah dipersoal kerana mengaitkan sokongan terhadap PAS dengan kefahaman dan kecintaan seseorang terhadap Islam.

Tahun ini penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta orang. Daripada jumlah itu 58.4% ialah orang Melayu. Mengikut perkiraan saya yang tak pandai kira-kira itu bermakna jumlah orang Melayu ialah 20 juta kurang lebihlah. Hampir semua atau boleh kata semuanya beragama Islam.
Katalah daripada jumlah itu 15 juta orang Melayu dewasa. Daripada jumlah itu 1 juta ialah ahli PAS. Ini menurut perangkaan Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.
Give and take anggaplah dua juta orang Melayu dewasa yang bukan ahli PAS tetapi menyokong dan mengundi parti itu. Oleh itu daripada grand total 15 juta orang Melayu dewasa tolak tiga juta yakni ahli dan penyokong PAS bakinya 12 juta.
Ertinya 12 juta orang Melayu Islam dewasa ini tidak menyokong PAS. Jika diambil kira apa kata pemimpin kanan PAS Mohd Amar Abdulah mereka – all 12 million of them “tidak faham dan tidak cinta Islam”. Ramai itu. Hence the title of this article.
Baru-baru ini ketika berucap pada satu majlis ceramah di Kelantan, beliau dilapor berkata “Kalau orang tidak faham Islam, dia tidak cinta Islam. Dia tidak akan sokong PAS. Itu asas paling mudah.”
Ada lagi kata beliau: “Walaupun dia boleh jadi orang Islam, dia pergi Mekah banyak kali tapi kerana dia tidak faham dan tidak cinta kepada Islam maka dia tidak akan undi PAS”.
Menurut Mohd Amar, PAS hanya akan disokong dan diundi oleh seseorang yang mencintai Islam kerana parti itu tidak hanya bergerak dalam bidang politik tetapi juga dakwah.
Memandangkan beliau ialah naib presiden PAS, Mohd Amar ada autoriti untuk bercakap bagi pihak parti. Pada hemat saya beliau equate atau menyamakan PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Saya akui PAS boleh dilihat sebagai badan dakwah selain politik. Sering kuliah agama yang disampaikan pemimpin PAS (bukan semua diantara mereka yang digelar guru agama) menyelit unsur politik malah membawa mesej politik dengan jelas.
Ini kata mereka kerana agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Memisahkan menurut mereka ialah amalan atau konsep ‘secularisme’. Islam sebagai ad’din tidak memisah kedua-dua.
Namun bagi saya sering, kerap dan selalu kata-kata pemimpin PAS (sama ada yang bergelar ulama, tuan guru atau tidak) pada kuliah dan ceramah serta tindakan, tingkah laku mereka boleh diibaratkan langkah the end justifies the means.
Maksudnya matlamat atau hasrat yang diingini adalah amat penting sehingga ia menghalalkan apa jua cara untuk mencapainya. Jika seseorang Muslim tolak amalan itu adakah dia tidak faham dan tidak cinta Islam?
Pada pandangan saya, politikus PAS ialah typical politicians. Bergerak dan bertindak demi political survival mereka dan parti. Adakah ini salah dan dosa? Tidak jika dilakukan berlandaskan undang-undang? Mungkin saya sendiri tidak senang dengan cara yang digunakan.
Maksudnya meskipun ada tindakan mereka yang tidak menyalahi perundangan tetapi tetap tidak disukai dan tidak dipersetujui oleh sebahagian (besar?) masyarakat Melayu Islam.
Adakah adil menuduh mereka tidak faham Islam? OK mungkin ada (macam saya) yang tidak begitu faham soal agama. Tetapi tuduh mereka tidak cinta Islam? Hanya kerana tidak undi PAS? Seriously? Tidak wajar sama sekali.
Memang ada ‘gelombang hijau’. Semakin ramai orang Melayu menyokong dan mengundi PAS. Tetapi PAS khususnya Mohd Amar mesti bertanya kepada diri sendiri mengapa masih ramai juga orang Melayu beragama Islam yang tidak sokong dan undi mereka?
Saya bercakap mengenai rakyat biasa. Tanyalah mereka. Mereka tidak cinta PAS bukan tidak cinta Islam.
Oleh kerana PAS parti politik saya timbulkan pula soal politik dan orang politik. Muhyiddin Yassin, Mohamed Azmin Ali dan parti Bersatu mengadu apa yang dilakukan PAS terhadap mereka dalam Perikatan Nasional (PN) sesuatu yang tidak adil.
Betul atau tidak soal lain. PAS pun pasti ada their side of the story. Maka tidak perlu diperinci pada penulisan ini. Bagaimanapun persoalannya adakah Bersatu tidak cinta Islam? Hanya kerana sudah tidak sokong PAS? Bergaduh actually.
Begitu juga Ahmad Awang, Mohamad Sabu dan rakan rakan yang mencabar pucuk pimpinan PAS pada pemilihan parti 2015. Umum tahu mereka tewas lantas keluar parti dan lahirlah Amanah.
Adakah mereka tidak faham dan tidak cinta Islam? Atau semasa dalam PAS ‘diiktiraf’ (oleh PAS ) cinta Islam luar PAS tidak ?
Sebagai rakyat marhaen saya melihat apa yang dilakukan (atau tidak dlakukan) PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak menyakin berbanding apa yang dilakukan DAP di Pulau Pinang.
Juga tidak menyenangkan malah membimbangkan saya ialah taktik tiup sentimen perkauman yang digunakan PAS (bersama Umno). Lalu saya tidak sokong dan undi PAS.
Diakui saya kerdil mengenai Islam. Tetapi bolehkah saya dituduh tidak cinta agama saya?
Apa yang diucapkan Mohd Amar kata saya amat membimbangkan. Ia boleh disamakan dengan ucapan pemimpin PAS lain mengenai undi PAS masuk syurga .Different words same meaning. Cuma beliau lebih bijak mengatur kata-kata.
Begitu juga ‘Amanat Hadi’. Hadi Awang ketika beliau dikenali sebagai a firebrand up and coming leader in PAS, pada pendapat saya tidak tuduh Umno kafir. At least not directly (seperti yang didakwa Dr Mahathir Mohamad selaku presiden Umno suatu masa dulu).
Apa yang Hadi huraikan ialah sebagai orang Islam mesti amalkan A, B, C dan D. Tetapi Ummo dakwanya tidak lakukan A, B, C dan D itu. Apa maksud beliau? Faham faham sendiri.
Kita tahu apa yang terjadi akibat Amanat Hadi. Ringkasnya pada kalangan Melayu Islam terjadi sembayang dua imam, suami isteri bercerai, keluarga berpecah dan pulau memulau.
Sesungguhnya harapan kita semua pastinya ucapan Mohd Amar tidak mencetuskan itu semua Nauzubillah min zalik.
Tetapi ada saya terbaca satu komen di media sosial. Berkata seorang hamba Allah: “Kalau tidak sokong PAS tidak faham tidak cinta Islam boleh juga dikata sokong PAS tidak faham tidak cinta Islam”.
Ini juga membimbangkan jika ia pula ada traction. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.