`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, October 28, 2026

Ketua penerangan Bersatu Melaka tak tanding PRN

 Hishamuddin Abdul Karim disebut-sebut sebagai antara individu yang berpotensi bagi DUN Telok Mas.

Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Penerangan Bersatu Melaka, Hishamuddin Abdul Karim, berkata keutamaan beliau ketika ini adalah keberkesanan jentera parti. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Bersatu Melaka, Hishamuddin Abdul Karim, memutuskan untuk tidak bertanding PRN Melaka.

Perkembangan ini merupakan kali kedua beliau tidak menyertai pilihan raya di Melaka sebagai calon Bersatu. Pada PRN 2021, beliau memberi laluan kepada bekas naib presiden, Rafiq Naizamohideen, di Telok Mas, katanya.

Hishamuddin disebut-sebut sebagai antara individu yang berpotensi untuk bertanding DUN Telok Mas, yang bakal ditandingi calon Amanah.

“Tidak semestinya kita perlu menjadi calon untuk terus berjuang. Ada masanya, tanggungjawab lebih besar ialah memastikan organisasi dan jentera parti berfungsi dengan berkesan,” katanya kepada FMT.

Hishamuddin, yang juga ketua Bersatu Kota Melaka dan pengarah bilik gerakan utama Bersatu sempena PRN kali ini, berkata keutamaan beliau ketika ini adalah memastikan jentera Bersatu berfungsi dengan berkesan.

Beliau turut menegaskan kesetiaan kepada Presiden Muhyiddin Yassin, mengatakan beliau konsisten mempertahankan kepimpinan Muhyiddin di sebalik kemelut dalaman Bersatu.

“Saya seorang ‘party man’. Kesetiaan kepada presiden, disiplin parti dan amanah perjuangan tetap menjadi pegangan saya,” katanya.

Perkembangan ini juga berlatarkan desas-desus bahawa Bersatu akan bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN Melaka.

Bersatu akan mengumumkan calon mereka esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.