`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, October 28, 2026

PRN Melaka: Bersatu dijangka tanding 8 kerusi, berdepan PH di 4 DUN

 Sumber berkata kerusi itu adalah Kelebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

penyokong bersatu
Bersatu dijangka bertembung dengan PH di Klebang, Gadek, Pengkalan Batu dan Ayer Keroh sekiranya pembahagian kerusi kekal sehingga hari penamaan calon.
PETALING JAYA:
Bersatu dijangka bertanding di lapan daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka, termasuk empat kawasan yang turut bakal ditandingi Pakatan Harapan (PH), di sebalik spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama antara kedua-duanya.

Sumber Bersatu memberitahu FMT lapan kerusi itu ialah Kelebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

Sekiranya keputusan itu kekal sehingga hari penamaan calon, Bersatu bakal bertembung dengan PH di Kelebang, Gadek, Pengkalan Batu dan Ayer Keroh.

Menurut sumber itu lagi, Ketua Bersatu Melaka Mohamad Ali Mohamad dijangka diletakkan sebagai calon di Kelebang susulan desakan akar umbi.

“Setakat ini, Bersatu dijangka bertanding di lapan DUN.

“Kerusi Kelebang dijangka ditandingi Mohamad Ali berikutan desakan akar umbi memandangkan beliau anak tempatan di sana,” katanya.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon parti itu untuk PRN Melaka, esok.

Perkembangan spekulasi jumlah kerusi bakal ditandingi Bersatu itu timbul ketika wujud kemungkinan kerjasamanya dengan PH.

Bagaimanapun, sumber terbabit menyifatkan kemungkinan pertembungan antara kedua-dua pihak itu sebagai ‘pertembungan persahabatan’.

Sabtu lalu, PH mengumumkan calon di 21 kerusi, iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, dan Rembia; Gadek, Machap Jaya, dan Durian Tunggal; Asahan, Paya Rumput dan Kelebang; Pengkalan Batu, Ayer Keroh, dan Bukit Katil; Ayer Molek, Kesidang, dan Kota Laksamana; serta Duyong, Bandar Hilir, dan, Telok Mas; serta Rim, Serkam dan Merlimau.

Sementara itu, Mohamad Ali ketika dihubungi FMT enggan mengulas spekulasi bahawa beliau akan bertanding di Kelebang dan meminta semua pihak menunggu pengumuman Muhyiddin.

“Kita tunggu pengumuman calon,” katanya yang tewas di kerusi Sungai Udang pada PRN 2021 dengan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.