PUTRAJAYA – Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendesak ‘H’, iaitu dalang sebenar rangkaian dedak sistematik tampil menafikan segala dakwaannya.
Syed Saddiq berkata, beliau tidak pernah bersemuka dengan ‘H’ yang didakwa penasihat kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Tetapi saya tidak pernah bertemunya hanya orang tengah. Setiap kali berjumpa, saya akan bertemu orang yang berbeza,” katanya pada pertemuan bersama Sinar Harian di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Beliau mendedahkan, sidang media yang dilakukan semalam juga dirancang ‘H’ melalui orang tengahnya.
Syed Saddiq berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan orang tengah tersebut adalah pada 27 September lalu, dan sehingga hari ini tiada sebarang panggilan diterima.
“Keluarga saya juga tidak menerima sebarang panggilan daripada mereka sehingga hari ini. Mungkin mereka takut.
“Saya berharap dia saman saya, jika perkara ini tidak benar. Jika ini hanya dakwaan, tampillah dan nafikan. Kalau saya salah, samanlah saya,” katanya.
Semalam, Syed Saddiq membuat kejutan apabila mendedahkan wujud rangkaian dedak sistematik yang didakwa didalangi pegawai sebuah kementerian menawarkan geran RM5 juta untuk membuka sekolah debat dengan syarat beliau meninggalkan Bersatu dan memburukkan kepimpinan parti itu.
Syed Saddiq mendakwa, terdapat juga kes di mana pengasas dan pemimpin kanan Bersatu diugut dan diumpan oleh rangkaian dedak sistematik terbabit supaya mereka meninggalkan parti.
– http://www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.