`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 22, 2017

KEDAI DOBI UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA SALAH, KATA NAJIB KEPADA BELIA CINA

ADALAH salah untuk ada kedai dobi untuk orang islam sahaja, kata Perdana Menteri Najib Razak, yang baru bersuara selepas isu kedai dobi itu menyebabkan pemerintah bersuara berhubung tindakan yang boleh membawa kepada perpecahan itu.
Najib berkata Malaysia perlu berpendirian dalam kesederhanaan dan umat Islam di negara ini tidak perlu menunjukkan fahaman mereka terhadap masyarakat bukan Islam.
“Saya tidak percaya anda perlu ada eksklusif, kita tidak perlu kedai dobi Islam sahaja, pada saya ianya salah.
“Tetapi anda boleh membuat pilihan sekiranya tidak mahu pergi ke sesebuah kedai dobi, pilihan terletak di tangan anda. Anda tidak mahu ke sesebuah restoran kerana anda fikir ia tidak halal, itu keputusan anda. Biar semua orang tentukan sendiri, itulah negara kita,” katanya dalam ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Belia Cina di Wisma Huazong di Serdang.
Raja-raja Melayu minggu lalu mengesahkan keputusan Sultan Johor dan Raja Muda Perlis untuk melarang kedai dobi hanya untuk orang Islam di negeri masing-masing dan memuji kedua-dua raja itu untuk menegakan kesederhanaan dan inklusif.
Raja-raja Melayu berkata pendirian Sultan Johor dan Raja Muda Perlis menunjukkan komitmen mereka dalam “memastikan umat Islam mempunyai rasa hormat, kesederhanaan dan inklusif’ di negara yang menjadi tempat tinggal masyarakat berbilang kaum dan agama.
Menurut beliau, keharmonian dan keamanan membolehkan negara memiliki masyarakat berbilang agama hidup bersama, dan memberi contoh gereja dan masjid di Miri yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.
“Pada hari Jumaat, pihak gereja membenarkan tempat parkirnya digunakan oleh masyarakat Islam, dan pada Ahad masjid membenarkan parkirnya digunakan oleh penganut Kristian yang hadir pada acara keagamaan mereka,” katanya,
Katanya, semangat persefahaman, muhibah dan harmoni diperlukan untuk membangun sebagai sebuah negara.
Mengenai pembangunan infrastruktur, beliau berkata kerajaan Barisan Nasional masih melabur dalam menambah baik pengangkutan awam di Lembah Klang menerusi pembinaan jajaran Mass Rapid Transit (MRT) pertama negara.
“Kita telah banyak melabur, ada yang mengatakan jangan melabur di Lembah Klang, Kuala Lumpur kerana mereka tidak menyokong BN.
“Tetapi Kuala Lumpur adalah ibu negara kita, melabur dalam kota raya ini mewujudkan pertumbuhan ekonomi, pekerjaan, jadi kita perlu seimbang dalam pembangunan. Kita perlu bangunkan kawasan luar bandar dan bangunkan bandar kita, untuk mengatakan kita tidak membangunkan kawasan bandar itu adalah salah, kita membangunkan kawasan bandar.
“Lembah Klang akan dihubungkan dengan cara lain berbanding masa lalu, pada masa lalu kita hanya menumpukan kepada kereta penumpang kita hanya tumpukan kepada Proton, tetapi saya percaya, pengangkutan awam akan mewujudkan bandaraya yang hidup,” katanya.
Menurutnya, kerajaan turut merancang beberapa projek infrastruktur yang akan menjana pertumbuhan ekonomi, seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan juga Lebuhraya Pan Borneo.
“Dari utara ke selatan semuanya sudah tersedia, pelan sudah ada untuk membawa Malaysia sebagai antara 20 negara terbaik di dunia. Jangan fikir kita tidak mampu mencapainya kerana pada forum ekonomi dunia, kita sudah berada di tangga ke 23, tahun lalu di tangga 25.
Katanya, rakyat Malaysia mesti membayangkan potensi yang mampu dicapai negara sekiranya semua pihak bersatu dan menyokong antara satu sama lain.
“Dan untuk adan percaya kepada kerajaan sekarang, pentadbiran sekarang, dasar kita, saya akan pastikan kita mencapainya, dengan sokongan anda.
“(Tetapi) saya tak boleh lakukannya sendiri, Najib tak booleh lakukannya. Najib dengan 30 juta rakyat Malaysia di belakangnya boleh lakukannya, dan saya berharap komuniti Cina rakyat Malaysia akan bersama saya dan BN.
“Ia penting kerana kita tidak mahu wakil Cina tidak kuat dalam kerajaan, kita mahukan mereka memberikan pandangan dari komuniti Cina,” katanya.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.