Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mengatakan Lim Kit Siang mampu menjadi Perdana Menteri yang lebih baik berbanding sesiapa saja yang ada dalam UMNO, beberapa pemimpin UMNO terus bertempik gembira.
Kenyataan itu, dakwa mereka adalah bukti bahawa Kit Siang memang akan diletakkan sebagai Perdana Menteri daripada kaum Cina yang pertama bagi negara selepas pilihanraya akan datang ini.
Zaid yang kini merupakan ahli DAP dilaporkan berkata, memandangkan kita selalu mendengar perkara itu dimainkan oleh UMNO dan memberi gambaran mereka begitu “menginginkannya”, ia mungkin suatu idea yang baik.
“Idea yang bernas, Kit Siang mampu jadi lebih baik berbanding sesiapa yang ada dalam UMNO yang telah terbukti mengkhianati kepercayaan rakyat, kata Zaid.
Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa lantas berkata, kenyataan Zaid itu mengesahkan DAP benar-benar berhasrat untuk mengisi jawatan Perdana Menteri selepas PRU 14 akan datang.
“Ia adalah suatu “endorsment”,” kata beliau.
Ahli MT UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob pula berkata, kenyataan Zaid itu mendedahkan agenda sebenar DAP memang untuk meletakkan Kit Siang sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar orang Melayu dan Bumiputera segera membuka mata mengenainya.
Adoiii, kesiannya…pemimpin UMNO ini tak faham bahasa sindiran rupanya!!
Jika dibaca sekali lalu saja pun, rasanya budak sekolah Tingkatan 3 pun faham bahawa kenyataan Zaid itu adalah bahasa sindiran kepada pemimpin UMNO yang selama ini telah banyak mengkhianati rakyat berbanding Kit Siang yang terbukti tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa kesalahan atau skandal sepanjang penglibatannya dalam politik.
Maka, mengikut tafsiran Zaid, daripada mengekalkan pengkhianat terus-menerus menguasai kekayaan negara ini, memilih seseorang yang lain seperti Kit Siang tentu saja merupakan suatu idea yang lebih bernas.
Lebih dari itu, Annuar dan Ismal Sabri juga tidak meneliti kenyataan Zaid yang berikutnya yang berbunyi, “mereka tak tahu apa yang harus dilakukan dan siapa yang harus diserang…Tun Mahathir atau Kit Siang.”
“Jadi, ini adalah cara mereka untuk mengalihkan perhatian,” tambah Zaid lagi.
Agaknya, kerana tidak dapat membezakan angara bahasa sindiran dengan bahasa biasa itulah, apabila berkuasa saja pemimpin UMNO juga tidak dapat membezakan antara wang rakyat dengan wang sendiri dan antara rasuah dengan derma atau hadiah.
Sebab itulah juga, Utusan dan Kosmo, akhbar milik UMNO, turut tidak dapat membezakan sama antara gurauan dengan kenyataan serius yang diucapkan oleh Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor mengenai bolasepa, baru-baru ini.
Lantaran ketidakfahaman dan gagal membuat perbezaan itulah, Tunku Mahkota Johor berkata, lebih baiklah akhbar tersebut ditutup saja daripada terus beroperasi.
Maka, oleh kerana pemimpin UMNO juga berperangai sama seperti Utusan dan Kosmo, jalan terbaiknya ialah “lebih baik tutup saja” UMNO selepas PRU 14 akan datang ini.
Tanpa UMNO dan tanpa Utusan, semua kita akan lebih aman tenteram.
Sementara itu, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal, Kit Siang berkata, Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan selepas PRU 14 tetap milik pemimpin Melayu.
Kata beliau, melalui peningkatan sokongan 10 peratus pengundi Melayu dan 5 peratus pengundi bukan Melayu, Pakatan Harapan mampu memenangi 113 daripada 165 kerusi Parlimen yang ada di Semenanjung dalam pilihanraya akan datang.
Daripada jumlah itu, katanya, DAP akan menang 32 kerusi manakala tiga komponen lain dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, Bersatu dan Amanah masing-masing akan menang 39,32 dan 10 kerusi.
“Dengan PKR dan Bersatu akan mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbanyak, pemimpin Melayu tetap akan menjadi Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan,” tegas Kit Siang.
Adakah pemimpin UMNO, terutama Annuar Musa dan Ismail Sabri, faham bahasa fakta yang dibentangkan Kit Siang itu?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.