EMIR Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani akan melakukan lawatan dua hari ke Malaysia mulai esok, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Menurut kenyataan media Wisma Putra, ini merupakan lawatan sulung Sheikh Tamim ke negara ini sejak menaiki takhta sebagai Emir Qatar yang kelapan pada 25 Jun 2013.
Sheikh Tamim akan diberikan sambutan rasmi negara di Parlimen pada Isnin.
Baginda juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong serta diraikan dalam majlis jamuan negara di Istana Negara, pada hari sama.
Emir Qatar juga dijadual bertemu Perdana Menteri Najib Razak diikuti mesyuarat delegasi di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana.
Kali terakhir Emir Qatar melakukan lawatan ke Malaysia adalah pada 2009 oleh Sheikh Hamad Khalifa Al Thani.
– Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.