`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, October 10, 2017

Pengguna media sosial kecam doktor gigi palsu ‘angkuh’

Nur-Farahanis-Ezatty-Adli-Netizens-condemned-on-the-bogus-dentist© Provided by MToday News Sdn Bhd Nur-Farahanis-Ezatty-Adli-Netizens-condemned-on-the-bogus-dentistPETALING JAYA: Pengguna media sosial mengecam doktor gigi palsu atas video yang dimuat naiknya di Instagram di mana beliau seperti tidak menyesal, sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana “menjadikannya kaya dan terkenal”.
Mereka mengkritik Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dengan sesetengah mengatakan beliau angkuh dan tindakannya mencemar imej pengamal rawatan pergigian.
Farahanis yang didapati bersalah pada 29 September oleh Mahkamah Sesyen di Melaka kerana menjalankan klinik pergigian tidak berdaftar, mempunyai 12,000 pengikut di akaun Instagramnya dengan nama “Naraswaraa”.
Dalam video 1 minit itu, beliau menzahirkan rasa lega yang urusannya berjalan lancar.
“Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya dan juga kepada mereka yang cuba jatuhkan saya.
“Tanpa kamu semua, saya tidak akan berjaya.”
“Terima kasih kerana menjadikan saya terkenal dan kaya,” kata Farahanis dalam video itu.
Farahanis seorang graduan kolej vokasional, juga seorang pelayan sambilan di sebuah restoran, ahli agensi katering, dan penjual minyak wangi. Beliau mendakwa mempelajari “kemahiran pergigiannya” menerusi YouTube.
“Ia sememangnya satu penghinaan kepada golongan pengamal perubatan pergigian dan mereka yang berada dalam profesion pergigian sedangkan pengamal palsu sewenang-wenangnya melepaskan diri dengan menggunakan sentimen orang ramai yang tidak pandai menilai,” komen Noraini Alwi di Facebook.
Seorang lagi pengguna dengan nama Appleandlily_ berkata, “Bagaimana seseorang boleh mempercayai seorang doktor gigi palsu/penipu? Beliau hanya mempelajari dari YouTube, sementara itu seorang doktor gigi sebenar mengambil masa 5 tahun untuk peroleh ijazah.”
Mengejek Farahanis yang mendakwa mempelajari tentang rawatan pergigian dari YouTube, pengguna Twitter dengan nama Chapseoltteok berkata, “Jika ibu bapa Farahanis jatuh sakit, tidak perlu cari rawatan kesihatan di hospital, belajar saja dari YouTube”.
Seorang lagi pengguna Facebook, Leon Loke KW mengecam badan bukan kerajaan yang membantu doktor gigi palsu mengumpul dana untuk membayar denda mahkamah.
Dilaporkan, satu kelab penunggang motosikal mengumpul RM70,000 dengan bantuan orang ramai dan beberapa NGO lain. Loke mempersoal mengapa NGO mahu bantu mengumpul RM70,000 untuk seseorang yang sangat angkuh.
“Negara ini bermasalah,” kata Loke.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.