`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 28, 2017

Tenaganita sambut baik pengambilan pembantu rumah tanpa ejen

Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene A Das bagaimanapun berkata kerajaan mesti pastikan pembangunan dasar komprehensif secara perjanjian 2 hala berbanding perjanjian persefahaman.
Glorene-Das_pembantu-rumah_600new
PETALING JAYA: Tenaganita optimistik dan berwaspada dengan pengumuman kerajaan akan membenarkan majikan mengambil pembantu rumah secara terus daripada 9 negara terpilih tanpa melalui ejen.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu di pembentangan Bajet 2018 hari ini, belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum mesti dipanggil dalam tempoh masa 8 bulan.
Pengarah Eksekutif Glorene A Das berkata pihaknya menyambut baik perkara itu, namun pengumuman seperti itu yang dibuat sebelum ini tidak disusuli dengan tindakan berkesan
“Kami agak sukacita mendengar kos pengambilan pembantu rumah akan berkurangan. Ini langkah ke depan yang baik,” katanya.
“Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman kami, kita melihat apabila kenyataan seperti itu dibuat, ia akan diserahkan kepada pelbagai pihak dan kita tidak mahu itu berlaku.”
Glorene berkata kerajaan mesti menyediakan dasar komprehensif yang jelas tentang bagaimana mengambil pembantu rumah secara terus daripada 9 negara terpilih itu.
“Isu mengenai pengambilan secara terus ialah orang yang mungkin membantu merekrut pembantu rumah akan menghilangkan diri dan sebagainya, walaupun kita belum lagi temui keadaan seperti itu.
“Oleh itu, mesti ada pembangunan dasar komprehensif dari segi pengambilan secara terus dan kita mahu ia dibentangkan dalam bentuk perjanjian 2 hala, bukan perjanjian persefahaman.”
Sembilan negara sumber itu ialah: Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Sri Lanka, India, Vietnam, Laos dan Myanmar.
Tinjauan segera di laman imigresen mendapati jabatan itu menyenaraikan 8 negara sumber, tanpa Myanmar.
Glorene berkata walaupun ada kerumitan yang dikaitkan dengan pengambilan pembantu rumah secara terus, Tenaganita menyeru perlaksanaannya sejak kebelakangan ini.
“Ia langkah yang baik kerana pengambilan melalui ejen bukan sahaja menambah kos yang tinggi, tetapi juga membuka pintu kepada pemerdagangan manusia.”
Data terbaru Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) menunjukkan terdapat lebih 250,000 pembantu rumah berdaftar di Malaysia.
Namun, Mama juga menganggarkan seorang daripada 20 pembantu rumah akan menghilang diri, melarikan diri daripada majikan mereka.
Sebab utama pembantu rumah menghilangkan diri sebahagian besarnya kerana didera majikan, keadaan tempat kerja yang teruk, peluang yang lebih baik di tempat lain, dan menginginkan kebebasan.
Dakwaan penderaan melibatkan pembantu rumah di Malaysia bukan perkara baru.
Pada 2011, Indonesia menarik balik sekatan ke atas pembantu rumah wanita ke Malaysia yang dikenakan pada 2009 berikutan siri kes penderaan.
Pada Mei 2012, pengarah eksekutif Tenaganita ketika itu, Irene Fernandez memberitahu akhbar Jakarta Post bahawa cerita penderaan yang beliau terima menyebabkan beliau menyimpulkan bahawa Malaysia tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja asing.
Baru-baru ini pada September, Pengarah Tenaganita Aegile Fernandez membuat dakwaan yang sama apabila NGO itu sedang merangka undang-undang yang akan melindungi pembantu rumah di Malaysia.
Beliau berkata undang-undang seperti itu perlu kerana kerajaan tidak menyediakan mekanisme perlindungan untuk pembantu rumah, atau lebih dikenali sebagai orang gaji. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.