`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 9, 2019

BELAJARLAH DARI KEJATUHAN NAJIB – PEMIMPIN MESTI ADA INTERGRITI, JANGAN SUSAHKAN PARTI

Menceburi bidang politik atau memilih kerjaya sebagai pemimpin politik adalah pilihan seseorang itu secara individu apabila mereka sudah dewasa dan ia bukanlah bidang yang dijadikan pilihan oleh mana-mana ibu bapa.
Tidak ada – kalau pun ada mungkin terlalu jarang – ibu bapa yang sejak anaknya kecil lagi telah mendorong mereka untuk menceburi bidang politik.
Selalunya bidang kerja yang jadi pilihan adalah doktor, jurutera, arkitek, pensyarah, guru, ahli perniagaan dan lain-lain kerjaya yang profesional atau menjamin masa depan.
Ini bukanlah bermakna bidang politik itu tidak baik atau kurang menjamin masa depan, tetapi ia lebih disebabkan bidang politik ini tidak menentu masa depannya.

Ada kala  naik, ada kala turun. Ada kala berjawatan, ada kala hilang jawatan. Ada kala poket penuh, ada kala kena bergolok bergadai.
Meski begitu, oleh kerana politik ini melibatkan orangramai, masyarakat dan rakyat, maka intergriti adalah sangat penting. Seseorang yang sudah tercalar intergritinya, pilihannya tidak lain melainkan mesti meletakkan jawatan.
Beberapa hari kebelakangan ini, isu yang panas dan diperkatakan ramai melibatkan intergriti ialah berkaitan kelulusan akademik Marzuki Yahya, Setiausaha Agung Bersatu merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri.
Apabila bercakap mengenai intergriti, ia adalah melibatkan kejujuran. Dalam politik, bukanlah kelayakan akademik itu terlalu penting. Orang yang berkelusan ada kalanya layak memegang jawatan dan ada kalanya tidak.
Namun, orang yang tiada intergiti adalah  tidak layak sama sekali diberikan sebarang jawatan. Mereka yang tidak jujur atau berbohong adalah mereka yang tidak ada intergriti. Kehilangan intergriti bukan disebabkan mencuri atau merogol saja.
Sejak awal isu ini timbul lagi, tanda-tanda ada yang tidak kena memang sudah kelihatan. Jawapan yang diberikan berkaitan perkara itu banyak yang tergantung dan tidak bernoktah.
Hanya apabila semakin diasak seterusnya, barulah Marzuki menyebut nama universiti yang sebenar di mana kononnya beliau belajar dan kemudian mengeluarkan kenyataan media dengan menyertakan sekali sijil serta markah peperiksaan yang diperolehinya sekali.
Tetapi, sebagaimana yang umum sudah ketahui, dengan penjelasan itu, bukannya ia meredakan keadaan, malah menimbulkan lebih banyak persoalan, keraguan serta kecurigaan.
Selain universitinya yang dipertikaikan, markah GPA yang sama seperti yang ditemui dalam transkrip contoh atau template, font yang berbeza, tandatangan di sijil yang didapati ada perbezaan dan ejaan nama sijil bahasa Melayu adalah antara perkara-perkara yang terus dipertikaikan umum
Bukan saja pertikaian itu sarat di media-media sosial, malah beberapa pemimpin politik dan NGO juga turut memberi reaksi mereka.
Tun Mahathir Mohamad sendirinya nampaknya tiada kepastian mengenai kedudukan Marzuki dalam kerajaan dengan berkata, “kami belum benar-benar tahu apa yang berlaku.”
Bermakna, Tun Mahathir seperti masih ada keraguan berhubung penjelasan Marzuki itu dan inginkan jawapan lain yang benar-benar sahih mengenai perkara itu.
Sebagaimana yang disebut pada awal tadi, kerjaya sebagai pemimpin politik adalah pilihan sendiri seseorang itu, tetapi ia memerlukan intergriti yang tinggi. Hanya orang berkenaan saja tahu mengenai nilai sebenar intergriti dirinya, kejujuran dan sama ada dia bercakap benar atau sebaliknya.
Jika rasa ada ketidakjujuran, sebelum perkara itu lebih terbongkar atau terdedah kepada umum, lebih baiklah mengundur diri. Apa tunggu-tunggu lagi. Politik adalah pilihan kita sendiri, bukan pilihan ibu bapa kita.
Kata-kata mahu menyerahkan kedudukan dalam parti dan kerajaan kepada Pengerusi dan Perdana Menteri menentukannya, bukanlah suatu pertimbangan yang bijak sebenarnya.
Kenapa mahu menyusahkan parti dan Tun Mahathir dalam hal ini?
Jangan sesekali berlindung atau bergantung kepada parti untuk melindungi kesalahan sendiri. Apabila timbul pertikaian melibatkan intergriti, jalan terbaik bagi pemimpin politik ialah mengundurkan diri. Pemimpin sepatutnya menyenangkan parti sebagaimana mereka mengaut banyak kesenangan ketika ada jawatan, bukannya menyusahkan parti.
Belajarlah daripada apa yang berlaku kepada Najib Razak sebelum ini. Meskipun dihujani dengan pelbagai dakwaan dan didedahkan dengan  macam-macam fakta berkaitan skandal 1MDB, beliau tetap enggan berundur dengan berselindung di sebalik parti yang dijadikan perisai untuk menyokongnya.
Tetapi, lihatlah apa jadi akhirnya?
Bukan saja Najib akhirnya disingkirkan, malah UMNO juga turut ditumbangkan sudahnya.
Apakah Bersatu mahu juga begitu?
Kalau tak percaya, buatlah perangai yang sama dan lihat saja apa nasib Bersatu di Semenyih nanti.
– http://shahbudindotcom.blogspot.com

1 comment:

  1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…!!!!

    assalamualaikum wr, wb, saya YUSUF saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
    orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya...?
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang..
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel..
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat..!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
    6: Pelet pemikat hati untuk pria
    7: Pesugihan tanpah tumbal
    8: Dukun santet paling ampuh
    satu jalan menyelesaikan masalah anda..
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri

    TERIMA KASIH YANG PUNYA
    ROOM ATAS TUMPANGANYA SELAM KOMPAK SELALU

    (1)"http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

    (2) "Pelet Khusus Untuk Pemikat Hati Pria"

    (3) "Ilmu Santet Ganas"

    (4) "Asli Pusat Pesugihan Putih Tanpa Resiko"

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.