`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 22, 2019

Clare Rewcastle Brown Perangkap Diri Sendiri

Jadi yang mana betul? 2015 atau 2018? Dan berapa banyak jumlahnya? RM90 juta atau RM2 juta? Dan betul ke Husam ada lihat sekeping cek bernilai RM90 juta itu? Sebab apa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun pihak bank tidak boleh kesan cek tersebut?

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Clare Rewcastle Brown cakap berpusing-pusing sehinggakan dia terperangkap dengan diri dia sendiri.
Mula-mula dia mengatakan bahawa bekas perdana menteri Najib Tun Razak memberi RM90 juta kepada PAS atau pemimipin-pemimpin parti itu. Ini yang ‘dipercayai’, kata Clare. Kenapa Clare ‘percaya’ itu tidak diterangkan olehnya.

Clare berkata maklumat ini datangnya dari Ambiga Sreenevasan

Lepas itu Clare berkata maklumat ini datangnya dari Ambiga Sreenevasan. Macam mana Ambiga tahu tentang maklumat ini, dia masih tidak menceritakan.
Kemudian Clare pula berkata yang Rafizi Ramli menceritakan maklumat ini dan ianya datang dari Husam Musa. Dan mereka sahkan yang Husam sendiri telah melihat sekeping cek bernilai RM90 juta itu.
Dan semua ini berlaku pada tahun 2015 semasa Pakatan Rakyat ditutup dan Pakatan Harapan ditubuhkan.
Ringkas cerita, kononnya, Najib rasuah PAS atau pun pemimpin PAS supaya parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan gabungan itu akan tutup.

Clare Rewcastle Brown cakap berpusing-pusing sehinggakan dia terperangkap dengan diri dia sendiri

Itu pun sudah tidak betul kerana Lim Kit Siang yang umum bahawasanya Pakatan Rakyat ditutup, bukan PAS yang umumkan. Dan DAP mahu Pakatan Rakyat ditutup kerana marahkan dengan presiden PAS, Abdul Hadi Awang, kerana membawa usul RUU355 di Parlimen.
Apabila Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September 2015, PAS tidak dijemput untuk menyertai gabungan itu, bukannya PAS yang tidak mahu sertainya.
Dekat situ pun cerita tentang RM90 juta ini sudah tidak betul. DAP yang tidak mahu PAS menyertai Pakatan Harapan, bukannya PAS yang tidak mahu menyertai Pakatan Harapan.
Lim Kit Siang yang umum bahawasanya Pakatan Rakyat ditutup, bukan PAS yang umumkan
Sekarang ini, Clare berkata Umnolah yang membayar deposit calon-calon PAS yang bertanding di dalam PRU14. Kalau macam itu tak sampai RM2 juta pun, bukannya RM90 juta. Dan PRU14 diadakan pada tahun 2018, bukan tahun 2015 seperti tuduhan Clare.
Jadi yang mana betul? 2015 atau 2018? Dan berapa banyak jumlahnya? RM90 juta atau RM2 juta? Dan betul ke Husam ada lihat sekeping cek bernilai RM90 juta itu? Sebab apa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun pihak bank tidak boleh kesan cek tersebut?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.