`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 14, 2019

Confirmed : Religious People Are Liars




Ahli parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz pertahankan nafi kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah tepat.

Katanya, dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah diamalkan oleh ayahnya Nik Aziz ketika memimpin PAS.

"Ia hanya soal kerahsiaan dan bila kita berada dalam parti besar apatah lagi parti Islam, maka soal kerahsiaan itu adalah sesuatu yang valid, ada ilmunya dalam agama. Banyak contoh-contohnya.

"Saya buat contoh yang dekat kita di Kelantan ini ialah dalam isu baiah, taklid talak (isteri) terhadap wakil rakyat PAS di Kelantan. Apabila dokumen itu tular, Nik Aziz ditanya dan dia menafikan sekeras-kerasnya.

"Maknanya kalau nak kata bohong pun bohonglah, tapi ia bab kerahsiaan. 

Dia menjaga rahsia wujudnya baiah itu walaupun dah bocor sampai ke mati," katanya 

Nik Aziz, bekas mursyidul am PAS dan menteri besar Kelantan.

Beliau mengulas isu penafiannya terhadap rakaman audio penerimaan dana daripada Umno melibatkan pimpinan PAS yang tersebar sebelum ini.

PAS semalam mengesahkan Nik Abduh mengakui kesahihan audio itu suaranya.

Nik Abduh mengakuinya dalam satu hantaran panjang di Facebooknya hari ini

beliau membuat penafian selepas pimpinan PAS berkeras beliau buat demikian 
mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu, Hadi menyerahkan soal itu kepada Nik Abduh sendiri.

"Nik Abduh sendiri (yang cakap), bukan saya, terpulang pada Nik Abduhlah. 
Mungkin orang lain nafi, tapi Nik Abduh tahulah dia cakap," kata Hadi.

Nik Abduh kata pengalamannya sebagai anak menteri besar mengajarnya mengendalikan soal-soal rahsia.

ayah banyak ajar. 

Itu mengajar saya bila kita di dalam parti besar, kena jaga rahsia 
bila saya nafikan (rakaman suara), dengan niat untuk mengajar budak-budak 

penafiannya demi mengelak masalah lebih besar terhadap PAS.

berhak untuk bercakap benar, tetapi tangguh dulu

My comments :  Soalan saya simple saja.  Habis lepas ini, dalam apa isu pun,  macam mana kita nak tahu PAS-PIS-PUS sedang bercakap benar atau mereka sedang berbohong?  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.