`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 9, 2019

Lima sekeluarga dalam pacuan 4 roda jatuh sungai selamat, penyelamat pula hilang (video)

LIMA anggota keluarga termasuk seorang kanak-kanak yang berada dalam sebuah pacuan 4 roda jenis Mitshubishi Storm jatuh ke dalam sungai malam tadi. Kelima-lima mereka selamat, sebaliknya seorang individu yang menyelam cuba menyelamatkan mereka pula hilang.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Pacuan 4 roda jatuh sungai


Kejadian itu difahamkan berlaku belakang Hotel Sri Malaysia, berhampiran Pulau Warisan,
Kuala Terengganu malam tadi sekitar jam 9 malam. Seorang individu daripada 3 orang yang menyelam cuba menyelamatkan keluarga itu hilang, dikhuatiri tertindih di bawah kenderaan terbabit.

Video rakaman detik cemas ketika pacuan 4 roda itu mula tenggelam, sebelum seorang lelaki dilihat terjun ke dalam sungai dan berenang ke arahnya, tersebar di media sosial sejak malam tadi.

Kedengaran suara seorang lelaki meminta sesiapa orang ramai pandai berenang di kalangan mereka yang berada di tebing sungai untuk membantu mangsa.

Tidak lama kemudian, individu sama selepas itu kedengaran memberitahu, lelaki yang menyelam cuba menyelamatkan mangsa pula hilang dari pandangan.

Berdasarkan maklumat tersebar di media sosial, 5 mangsa dalam kenderaan tersebut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, 3 perempuan dewasa, dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan oleh tiga orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Namun hanya dua orang awam yang cuba menyelamatkan mangsa berjaya naik ke darat manakala seorang lagi hilang dan dikhuatiri lemas. Pihak Bomba kini sedang berusaha mencari individu tersebut.

pacuan 4 roda jatuh sungai

Di bawah ini rakaman video detik kejadian berkenaan, sila klik untuk menonton video.



Sumber — milosuam

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.