`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 26, 2019

Perbezaan Kes Sivil Dan Kes Jenayah Yang Orang Awam Patut Tahu.

SIVIL DAN JENAYAH

Terdapat perbezaan perbezaan antara kesalahan jenayah dan sivil, secara mudah difahami ialah:




Jenayah : Pihak pihak dipanggil Pendakwaraya lawan Tertuduh 

Sivil : Pihak dipanggil Plaintif (penuntut) lawan Defendan (kena tuntut)

Jenayah : Tertuduh berada di dalam kandang tertuduh di dalam mahkamah.


Sivil : Pihak pihak berada di luar kandang di dalam mahkamah.

Jenayah : Kesalahan lazimnya melibatkan kepentingan dan keselamatan awam.


Sivil : Lazimnya membabitkan kepentingan individu.

Jenayah : Hukuman yang boleh dikenakan lazimnya melibatkan denda, penjara, sebatan atau mati dan sekiranya denda dikenakan, hukuman dibayar kepada pihak mahkamah/kerajaan.


Sivil : Perintah sekiranya berbentuk gantirugi atau pampasan akan dibayar kepada pihak plaintif (penuntut) sekiranya menang.

Jenayah : Lazimnya tertuduh perlu membayar wang jaminan setelah dituduh di mahkamah.


Sivil : Tidak ada wang jaminan yang perlu dibayar oleh pihak pihak di mahkamah.

Jenayah : Lazimnya tiada kos perbicaraan yang perlu dibayar kepada pihak yang kalah sama ada pendakwaraya mahupun tertuduh.


Sivil : Plaintif atau defendan perlu membayar kos perbicaraan sekiranya mana mana pihak kalah.

Jenayah : Tiada had masa terpakai kepada pendakwaan jenayah, bermaksud tertuduh boleh dituduh di mahkamah pada bila bila masa walaupun dalam jangkamasa yang lama.


Sivil : Terdapat Akta Had dan Masa yang terpakai bergantung dengan fakta kes. Plaintif mungkin tidak boleh meneruskan kes di mahkamah sekiranya melebihi had waktu yang dibenarkan.

Jenayah : Pendakwaan akan terhenti sekiranya dipersetujui oleh pihak pendakwaraya.


Sivil : Saman akan terhenti sekiranya plaintif bersetuju untuk tidak meneruskan kes di mahkamah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.