`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 9, 2019

UMNO AKAN SAMAN SEMUA WAKIL RAKYAT SABAH YANG BELOT

SEMUA bekas ahli Parlimen dan Adun Umno Sabah yang meninggalkan parti itu tahun lalu akan berdepan tindakan undang-undang bila tiba masanya, kata Annuar Musa memberi amaran.
Setiausaha agung Umno berkata parti itu akan mengheret mereka ke mahkamah.
“Saman itu bukan berhubung pembelotan mereka, kerana mahkamah memutuskan ia adalah hak mereka untuk meninggalkan parti.
“Tetapi mereka telah melanggar obligasi kontrak terhadap parti ketika bertanding di bawah lambang parti dan menerima dana daripada parti,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, Annuar tidak menyatakan di bawah undang-undang mana parti itu merancang untuk mengheret bekas anggota Parlimenya ke mahkamah.
Pemimpin Umno itu berada di negeri Sabah untuk menyerahkan lantikan kuasa kepada ketua bahagian negeri, ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
Pada 12 Disember tahun lalu, sembilan Adun Sabah dan lima ahli Parlimen meninggalkan Umno, dengan menyatakan mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.
Annuar berkata mereka diberikan mandat untuk bertanding adalah tertakluk kepada Perlembagaan parti dan perlu menunaikan kewajipan mereka.
Annuar berkata proses saman para pemimpin ini akan mengambil masa dan berkata walaupun mereka mahu kembali kepada parti, tindakan undang-undang akan diteruskan.
Sementara itu, Annuar berkata Umno tidak bimbang dengan rancangan Bersatu untuk memasuki Sabah, dengan mengatakan Umno menganggap Sabah sebagai negeri yang sangat penting kepada parti itu.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.