Roslan SMS
Posting beliau – Lim Lip Eng, ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi:
(Terjemahan) “Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. Tolonglah.”
Ini ekoran langkah Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan pengajaran seni khat dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 mulai tahun depan.
Negara kita mengamalkan hak kebebasan bersuara dan memberi pandangan. Namun ianya ada batas dan adabnya. Bermakna ia tidak mutlak.
Jika semua kita bebas berkata apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran kita, pasti negara berbilang kaum dan agama ini menjadi huru-hara sebagaimana sesetengah negara dunia ketiga.
Ada pemimpin DAP dan NGO Cina yang mungkin tidak setuju dengan langkah kementerian ini, maka bantahlah ikut apa sahaja saluran namun jangan sampai biadap dan menghina.
Tulisan Jawi adalah tulisan Melayu asal di tanahair kita. Ia merupakan tulisan resmi buat budaya dan bangsa Melayu sehinggalah diperkenalkan tulisan Rumi.
Tulisan inilah digunakan dalam dokumen dan rekod resmi kerajaan dan rakyat zaman berzaman.
Malah pemasyhuran Kemerdekaan Negara yang dibacakan oleh Almarhum YTM Tunku sebagai PM Negara yang pertama 31 Ogos 1957 juga bertulisan Jawi
Tiba-tiba Lip Eng dalam keghairahan menolak langkah pihak kementeria ini telah menggunakan bahasa yang amat biadab malah menghina orang-orang Melayu amnya.
Memperkenalkan tulusan Khat Jawi disamakan ahli Parlimen ini sebagai menyapu tahi lembu di wajah kita semua.
Jawi sama dengan najis?!
Kalau kita katakan DAP ini parti rasis dan tidak pernah memperjuangkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam, ada yang tidak percaya.
Tapi lihatlah tulisan pemimpin DAP ini.
Ianya satu penghinaan terhadap orang Melayu serta benar-benar mencabar kesabaran kita semua.
Bila kaduk naik junjung, bila mereka dominan dalam kerajaan, maka bersedialah kita menanggung akibatnya.
Bangkitlah umat Melayu Islam. Saat untuk brrubah sudah bermula. Jika terus lalai, maka alu-alukanlah kemunculan “Singapura ke 2”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.