`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 13, 2019

Jerebu di Miri masih di tahap berbahaya

Bacaan IPU bagi 64 kawasan di seluruh negara berada di tahap sederhana dan masing-masing satu kawasan di tahap tidak sihat, sangat tidak sihat serta berbahaya setakat 12 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri, Sarawak terus merekodkan kualiti udara berbahaya, setakat 12 tengah hari tadi.
Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), stesen pengawasan udara di Institut Latihan Perindustrian Miri mencatatkan IPU 344.
Bacaan IPU di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2, Miri ialah 297 (tahap sangat tidak sihat) berbanding 419 pada 5 pagi tadi.
Kualiti udara di Sri Aman mencatatkan bacaan IPU antara 101-200 pada tahap tidak sihat, sementara di Sibu mencatatkan peningkatan ke tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51-100, dari 4 pagi hingga 12 tengah hari tadi.
Data keseluruhan menunjukkan keadaan semasa jerebu di seluruh negara merekodkan 64 kawasan di tahap sederhana, masing-masing satu kawasan di tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.
Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.
Orang awam boleh merujuk http://apims.doe.gov.my/v2/ atau memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU untuk mendapatkan bacaan IPU terkini setiap jam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.