`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 13, 2019

Polis buru warga Pakistan tetak bekas isteri

Polis memburu seorang warga Pakistan selepas menetak bekas isterinya kerana cemburu wanita itu berkahwin baru.
KUALA KRAI: Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem, 50-an, yang dipercayai menetak bekas isterinya menggunakan sebilah golok di depan sebuah bank, pada 1 Ogos lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Wan Fauzi Wan Ishak berkata serbuan ke atas rumah suspek di Machang mendapati lelaki itu melarikan diri.
“Selepas menetak bekas isterinya dan suami baru mangsa, suspek tidak pulang ke rumahnya namun kami percaya suspek masih berada di negeri ini dan usaha mencarinya masih giat dijalankan.
“Susulan itu kami memohon orang ramai menyalurkan maklumat untuk menjejaki suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, hari ini.
Wan Fauzi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 48 tahun parah ditetak oleh bekas suami mangsa berikutan suspek yang cemburu selepas wanita berkenaan berkahwin pada April lepas.

Suami mangsa berusia 45 tahun turut cedera di jari dan lengan berikutan berlaku pergelutan ketika menyelamatkan isterinya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.