`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 1, 2019

Mujahid nafi tempat duduk Najib diubah saat akhir

Najib Razak tidak menghadiri majlis pertabalan Agong ke-16, Sultan Abdullah kerana tempat duduknya diubah saat akhir. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Mujahid Yusof Rawa mendakwa tempat duduk bekas perdana menteri Najib Razak tidak diubah saat akhir pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu, lapor Sinar Harian.
Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Agong menegaskan tempat duduk itu sudah ditetapkan dan Najib dimaklumkan lebih awal mengenainya.
“Kita membuat satu jawapan rasmi dan sebenarnya isunya bukan dialih, tapi memang kita telah tetapkan. Kemudian Datuk Seri Najib sendiri beri alasan.
“Beliau duduk di tempat kerabat, beliau perlu memakai pakaian istiadat Orang Besar Pahang. Itu masalah dia kerana kita telah maklumkan lebih awal. Jadi tak timbul isu dan kita menafikan,” katanya memetik laporan itu.
Semalam, Najib berkata beliau tidak menghadiri majlis pertabalan Agong kerana perubahan pakaian berikutan tempat duduknya ditukar pada saat akhir.
Katanya, beliau pada asalnya diberi tempat duduk di tempat ke-10, yang dikhaskan untuk bekas perdana menteri mengikut protokol majlis itu.
“Tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang,” katanya.
Selasa lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasminya ditabalkan sebagai Agong ke-16 dalam majlis yang diadakan di Istana Negara.
Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun berkata ia tidak terlibat dalam susunan tempat duduk untuk Najib, sambil menambah protokol itu berada di bawah pegawai istana. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.