`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 18, 2019

Mujahid: Penceramah asing perlu fahami keadaan di Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof.
KOTA BHARU: Semua penceramah, terutama dari luar negara, dinasihati supaya lebih memahami keadaan negara ini yang makmur sejak sekian lama dengan rakyat berbilang kaumnya hidup aman ketika memberikan ceramah mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof berkata, jika tidak, mereka perlu bertanggungjawab jika berlakunya perselisihan pendapat yang boleh mengeruhkan suasana perpaduan yang tidak harmoni disebabkan ceramah mereka.
“Kemungkinan pendekatan mereka tidak sesuai dengan pendekatan rakyat Malaysia. Setiap orang luar kena hormat apa yang ada di negara kita kerana kita sudah bina kemakmuran ini sebelum Merdeka dan selepas itu…banyak ujian sudah kita hadapi.
“Saya tidak tuju kepada sesiapa, tetapi orang Islam atau bukan Islam kena jaga perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan jamuan rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas kontroversi yang dicetuskan oleh kenyataan penceramah Dr Zakir Naik mengenai masyarakat bukan Islam di negara ini.
Polis juga dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap pendakwah itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.