`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 4, 2019

Polis ambil keterangan 7 saksi dalam kes tetak veteran Umno Kelantan

Kamaruddin Abdullah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, selepas ditetak 2 lelaki dengan senjata tajam pada 28 Julai lalu. (Gambar Facebook)
KOTA BHARU: Polis sudah mengambil keterangan 7 saksi berkaitan kes menetak Timbalan Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Kamaruddin Abdullah baru-baru ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Abdul Rahim Daud berkata setakat ini identiti suspek gagal diperolehi kerana tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
Beliau berkata, keterangan mangsa sudah diambil, tetapi mereka gagal memperoleh sebarang maklumat berkaitan serangan itu.
“Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh daripada semua aspek dan perkembangan terkini kes berkenaan dijangka diperolehi dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini.
Rahim berkata, polis akan menyiasat dakwaan anak mangsa yang juga Exco Pemuda Umno, Shahrul Nasrun mengenai kemungkinan serangan itu disebabkan isu dadah.
Tetapi, katanya, mangsa tidak memaklumkan polis mengenai perkara itu dalam keterangannya.
Media sebelum ini melaporkan Shahrul Nasrun tidak menolak kemungkinan motif serangan itu ada kaitan dengan dadah.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Kamaruddin parah selepas ditetak di bahagian kepala dan rusuk oleh 2 lelaki bermotosikal di depan kedai kopi di Jalan Tengku Chik di sini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.