`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 4, 2019

Wanita dakwa jadi hamba seks bapa angkat selama 14 tahun

Polis berkata, mangsa mendakwa dirogol suspek berusia 50-an ketika berusia 12 tahun dengan kejadian terakhir pada Disember lalu. (Gambar fail)
LAHAD DATU: Perbuatan kutuk seorang bapa yang menjadikan anak angkatnya sebagai hamba seks selama 14 tahun akhirnya terbongkar apabila mangsa nekad membuat laporan polis di sini minggu lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu mendakwa menjadi mangsa rogol bapa angkatnya selepas beliau dan 2 adiknya tinggal dengan lelaki itu sejak 2004 di 3 kawasan setinggan berasingan di sekitar daerah ini susulan perceraian ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Nasri Mansor berkata mangsa mendakwa dirogol suspek berusia 50-an itu ketika berusia 12 tahun dengan kejadian terakhir pada Disember lalu.
Beliau berkata, mangsa tidak membuat laporan lebih awal kerana takut dengan ugutan suspek akan membunuh mereka sekeluarga.
“Namun kerana tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa membuat laporan polis pada 28 Julai lalu dan terus dirujuk ke Hospital Lahad Datu. Doktor mengesahkan kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis giat memburu suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu polis menahan suspek. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.