`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 22, 2019

Ahli Parlimen DAP persoal hala tuju Unit Transformasi Masyarakat India

Mitra dahulunya dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India dengan objektif memperbaiki kehidupan kaum itu, khasnya golongan B40. (www.mitra.goy.my pic)
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen DAP kecewa dengan Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam membangunkan kaum itu.
V Sivakumar (PH-Batu Gajah) turut mempersoalkan hala tuju Mitra yang sehingga kini tidak mempunyai misi dan visi jelas dalam pengurusannya sejak penjenamaan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau mendakwa Mitra sering memberi peruntukan kepada badan bukan kerajaan, pertubuhan dan agensi yang tidak membantu pembangunan kaum India.
“Sehinggakan menteri kewangan kena tegur secara halus dalam pembentangan Bajet 2020, iaitu 80% buat Mitra, 20% untuk orang lain,” katanya ketika membahas Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.
Mitra dahulunya dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) dengan objektif memperbaiki kehidupan masyarakat India, khasnya golongan B40.
Dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan 11 Okt lalu, masyarakat India diperuntukkan RM170 juta menerusi pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sebanyak RM20 juta, pembangunan sekolah Tamil (RM50 juta) dan Mitra diberikan peruntukan RM100 juta.
Pengumuman itu menerima kritikan pelbagai pihak yang menyifatkan PH mengkhianati kaum India kerana jumlah berkenaan lebih rendah daripada peruntukan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Sedic.
Sivakumar turut mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan Mitra memberi dana kepada institusi pendidikan tidak berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan dan agensi berkaitan.
“Adakah benar? Jika benar, apa justifikasi Mitra berbuat demikian?” soalnya. - FMT

1 comment:

  1. Siva...sekarang DAP dalam.kerajaan.Nanti tanya di Parlimen.Tanya Menteri WaytaMoorty.Apa sudah jadi.Jika tak suruh LGE tanya Wayta dalam mesyuarat kabinet.
    Tak guna kau melalak kat luar .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.