`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 2, 2019

Artis Zarina Zainuddin didenda RM17,500 jual kosmetik tanpa sah

Zarina Zainuddin.
PETALING JAYA: Pelakon Zarina Zainuddin dijatuhi hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas enam pertuduhan memiliki dan menjual barangan kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), awal tahun ini.
Zarina, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) mewakili syarikat Addura Marketing Sdn Bhd membuat pengakuan bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret M. Bharat.
Pelakon itu didakwa atas lima pertuduhan memiliki pelbagai jenis barangan kosmetik tanpa notifikasi antaranya lapan kotak Addura Black Soap, 279 bekas Addura Day Cream, 89 bekas Addura Day Cream dan 294 bekas Addura Day Cream.
Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menjual satu set kosmetik jenama sama.
Mengikut fakta kes, sepasukan penguat kuasa dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) kementerian telah menyerbu premis berdasarkan aduan daripada orang awam dan seorang pegawai dari CFF telah menyamar sebagai pembeli barangan kosmetik yang dijual di premis itu.
Zarina kemudian telah keluar dan memperkenalkan diri sebagai pengarah syarikat dan hasil pemeriksaan mendapati barangan kosmetik yang dijual tidak dinotifikasi oleh kementerian.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Addura Marketing di Subang Jaya, dekat sini, pada 11.45 pagi, 9 Jan lalu mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A(15) peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari CPF Selangor, Ong Sally memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Zarina mengambil kira faktor ia bukanlah kesalahan kali pertama yang dilakukannya.
“Perbuatan menjual barangan terutamanya kosmetik yang tidak diketahui kandungannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab selain tidak diketahui keberkesanannya. Ia akan mendatangkan bahaya kepada pengguna.
“Bagi melindungi keselamatan orang awam saya mohon mahkamah menjatuhkan satu hukuman setimpal terhadap OKS,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon itu yang tidak diwakili peguam sambil menitiskan air mata merayu hukuman ringan atas alasan penjualan kosmetik itu telah dihentikan dan kini memulakan perniagaan lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.