`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 25, 2019

Faisal Tehrani Defines Ost@rd Wal Ret@rd


"Sebab itulah menyimbah wang untuk pembangunan agama adalah kerja kelakar." 

Just for your information the term Ost@rd Wal Ret@rd was NOT invented by me. It was first used by a good friend of mine who was a former CEO of Proton. (And you thought I was alone). Another term he used was 'loose-tards'. I think the equivalent terminology in Spanish would be 'loco'.

Anyway here is a very perceptive piece of writing about the religious types by a very educated person Faisal Tehrani. 

Faisal Tehrani is an academic at a local university. He is also now an associate fellow at Harvard University. If you were a student you would have to attend his classes to get an education. Reading his articles should also help educate people.

I am reproducing his article in full for his wonderful use of the Malay language.





SEPERTI biasa, bajet yang besar dimandikan dengan begitu kuyup sekali untuk pembangunan agamawi. Peruntukan yang lebih hebat daripada kerajaan Pakatan Harapan itu membuatkan saya berfikir panjang. Betapa bajet yang menggirangkan hati para lebai dan ketayap ini adalah gula-gula, atau coklat, sejenis jajan yang tidak begitu menyihatkan.

Kita semua tahu, setiap sesuatu yang diambil secara berlebihan, boleh mengakibatkan kemudaratan. Semua yang kita punya, atau yang kita kongsikan harus dilakukan dengan sederhana. Bak kata orang Melayu, buat baik berpada-pada. Akan tetapi, agamawan kita sudah terbiasa dengan yang ekstrem-ekstrem. Seperti contohnya, belanja yang ekstrem.
Lebih dua dekad yang lalu, dalam tahun 2006, sarjana yang dihormati Syed Ali Tawfik Al-Attas, memberitahu kita betapa mereka yang tersangka agamawan ini sedang membawa kita ke jalan terpesong

Syed Ali, anakanda Syed Naquib Al-Attas, menjelaskan kepada kita kumpulan yang mengakui diri ulama ini tidak mendorong kita kepada ‘faham yang bermakna’

Kumpulan agamawan ini, meminjam Syed Ali Tawfik, adalah ‘perampas’ dan ‘pengusut’.


OSTB : Tokong tinggi - perampas, pengusut, pencul_k, pembu _ _ _??


Menurut Syed Ali mereka ini sama sekali bukan ulama, apatah lagi layak digelar guru atau ustaz:

'Mereka yang ‘hijacked’ Islam ini menggelarkan diri mereka sebagai ulama dan ustaz tetapi sebenarnya mereka bukan ulama dan ustaz. Hanya orang melihat mereka sebagai ulama dan ustaz. Mereka sebaliknya membawa orang Islam kepada kekusutan, dan bukannya faham yang bermakna. Itulah masalahnya di kalangan orang yang kita gelarkan sebagai ulama besar, sheikh dan sebagainya.'

OSTB : Mereka adalah ost@rd wal ret@rd atau OWR.

Hari ini, ingatan yang sangat berbekas dan pernah dinukil dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia (yang sudah maut) itu bagai berkata-kata kepada saya kembali. Tatkala itu, Syed Ali yang sedang menjawat peranan penting di Institut Kefahaman Islam Malaysia, menyatakan sikap ‘sewenang-wenang’ segelintir umat Islam mencetuskan rasa tidak senang, rasa keliru dan kemudian mencipta satu keadaan yang mana orang bukan Islam berasa Islam ini sedang digunakan demi kepentingan sendiri. 

Lebih hodoh, pengabaian paling besar ialah soal akhlak:

Warganegara yang beragama Kristian, Buddha dan Hindu di negara ini tidak merendah-rendahkan agama Islam. Apa yang mereka marah ialah perbuatan orang Islam yang sewenang-wenangnya menggunakan agama sebagai dalil dan kekuatan mereka. Kita tidak boleh menyalahgunakan agama untuk kepentingan sendiri. Masalah kita sekarang, kita hanya mementingkan aspek ritual sahaja – pergi sembahyang, pakai kopiah, pakai hijab, tetapi soal-soal akhlak kita abaikan. Ini pengabaian terbesar.

Kesengitan luar biasa

Berkait soal akhlak ini, kita dapat merasakan kesengitan yang luar biasa. 
Kita mendengar cerita yang memualkan dari Pusat Tahfiz. 
Kita membaca cerita menjengkelkan di dada akhbar dan portal berita sekitar korupsi yang membabitkan ulama. 

                                     

                                              OWR Nasharudin faces 33 charges of corruption
                                                    Parti Ajaran Sy_itan yang tidak tahu malu


                                   


Di kampus, orang luar pengajian Islam memperihalkan kisah ustazah yang bergaduhan, sehingga bertarikan rambut dan tercabut tudung.

Hal akhlak ini memang menakutkan. Pada tahun 2006, media sosial tidak begitu rancak digunakan. Hari ini pengikut agamawan tertentu menyebar kesombongan dengan menabur fitnah di Twitter atau facebook. Jari-jemari di papan kekunci lebih senang mencipta perpecahan dari perpaduan.

  • Mereka yang menguasai agama ini tidak melindungi Islam, tetapi memakai Islam sebagai perhiasan. 
  • Ini kerana mereka tidak ada keupayaan memahami Islam. 
  • Jika kita menyogok sumber yang benar, mereka akan berkokokan menafikan, dan mengalih-alih meminta tafsiran. 
  • Padahal kita sedang cuba menangani kejahilan mereka. 
  • Akan tetapi kerana nilai akhlak tiada, mereka menjadi kian angkuh. 
  • Kian bercempera. 

Mereka mendakwa mereka di atas. Yang lain bawahian.

Syed Ali melihat, Islam ditimpa fitnah oleh tindak-tanduk mereka yang patut menjaga Islam. Agama diberi kebebasan untuk berketak dalam ruang sempit. Perlahan-lahan ketidakadilan menjadi agam:

'Saya boleh faham kebimbangan mereka itu. Saya sendiri pun bimbang melihatkan mereka yang diamanahkan (oleh kerajaan) untuk melindungi Islam itu tidak berkelayakan untuk berbuat demikian. Mereka berkuasa saja tetapi tidak berkemampuan untuk memahami Islam dengan sempurna dan adil.'

Ini yang membimbangkan golongan bukan Islam, dan kebimbangan itu ada kewajarannya. Ini kerana tindakan-tindakan yang dilakukan sekarang tidak menunjukkan semangat Islam sebaliknya lebih kepada penyempitan fahaman Islam yang sebenar, salah guna kuasa dan ketidakadilan.

Sayugia diingatkan keluhan dan rintihan Syed Ali di atas, yang dilakukan pada tahun 2006, adalah cerminan dekad-dekad yang kononnya ditandai kebangkitan Islam.

Malangnya dari tempoh 2006 itu, sehingga hari ini, tidak ada perubahan ketara terjadi. Ada kelompok yang sepatutnya berfikir, kerana berasa hebat dengan falsafah, sepatutnya berada di atas.

Tetapi mereka memilih untuk duduk dalam lanskap nista al bawah. Dalam masa yang sama, masyarakat bukan Islam yang dulu bingung makin nanar melihat umat Islam kusut, dan kemudian menarik mereka sama ke dalam kekusutan tersebut. Mereka berkumpul di perut galeri berbicara tentang macam-macam. Tetapi macam-macam semakin kusut.

Perbezaan lebih jelas

Hari ini, dengan perbezaan yang lebih jelas, dengan bajet teratas, umat Islam berperangai terbawah. 

Kita membaca keliwatan guru madrasah.
  • Orang yang berceramah di mimbar melakukan fitnah tanpa rasa segan. 
  • Pengikutnya pula sedap mulut memanjangkan lagi penipuan. 
  • Kaum agamawan paling bersungguh mempertahankan hak mereka untuk menindas minoriti. Gila. 
  • Di celah kegilaan akhlak yang sasau itu rasio dihindari dan pengalaman intelektual disudutkan ke penjuru paling gelap.
Pokoknya, bajet yang teratas selama berdekad-dekad untuk pembangunan agama Islam itu masih gagal.

Hari ini setelah sedekad lebih ratapan Syed Ali di atas, bajet yang lumayan masih membasah umat Islam dengan kuyupnya. Sesuatu yang kita tidak dapat hubungkan adalah generasi hari ini, terdapat umat Islam, yang tidak menempuh pengalaman relijius secara pragmatis seperti yang ingin disogokkan oleh Sayyid Qutb ataupun Khomeini. 

Juga, jumlah umat Islam yang mengalami agama secara gnostik seperti Maulana Rumi, dan Fansuri semakin terbatas. Kita boleh berhimpun tiap malam sabtu berbincangkan mistik. Tetapi kita hanya beradab untuk dua jam saat pertemuan itu. Kelompok ini memang atas-atas tingkah lakunya, terlupakan saat di atas, sedang menghinjak-hinjak orang lain.
  • Sedekad setelah rungutan Syed Ali tersebut, umat Islam makin tidak faham Islam. 
  • Ini kerana ada satu bentuk relijius yang sedang mendapat sambutan pesat. 
  • Jenis relijius, yang dinamakan oleh Abdul Karim Soroush sebagai pengalaman agama yang eksperiensial. 
  • Yang mana ia memerlukan pengalaman dan observasi. 
  • Mereka yang beragama seperti ini mencari bukti, dan juga manifestasi.

Mereka tidak semberono menerima. Mereka tidak cepat terkesan dengan halaqah dan sapaan hati yang suri. Sinar mereka, pengamal agama secara eksperiensial ini adalah penghayatan peribadi. Agama itu sangat personal. Yakni ini agamaku, kerana ini pengalamanku, lantaran ini kefahamanku dan moralku.

Untuk generasi Islam terbanyak yang akan membesar lebih sedekad lagi, mereka akan menjauhi institusi agama dan agamawan. Kerana untuk apa berhubung dengan mereka, meminjam Syed Ali, mereka yang merampas dan memalsukan agama. 

Misalnya untuk apa mempercayai m_ fti yang berbuih mulutnya meyakini menindas minoriti agama adalah benar kerana mereka paling benar. Atau untuk apa menjadikan dhaei yang menulis surat terbuka kepada artis sebagai panduan.

Kumpulan umat Islam yang sifat relijiusnya adalah eksperiensial ini lain sekali. Mereka tidak perlu lencun dengan bajet teratas. Dalam keterkejutan jiwa dan roh Islami yang aman damai itu mereka punya rahsia dan merakam rahsia agama itu dengan penuh privasi.

Agama adalah rahsia. Ia akan kekal rahsia. Kerana agama adalah pengalaman dan berfikir yang matang untuk setiap seorang. Peribadi-peribadi yang mengalami dan berfikir ini akan mencipta umat sendiri. Mereka akan kelihatan aneh di mata institusi m_fti. Dan mereka akan dicop liberal, atau apa-apa sahaja. Ada fatwa sesat misalnya untuk kelompok yang ingin merasai keberagaman agama menerusi observasi dan wacana terbuka.

Sebab itulah menyimbah wang untuk pembangunan agama adalah kerja kelakar. 

Ia hanya mencipta akar kesia-siaan, seperti yang pernah ditangisi Syed Ali. 
Kesia-siaan yang akan kita rintihi entah untuk berapa lama lagi.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

My comments (OSTB) :  OK ini Faisal Tehrani cakap tau. Bukan saya cakap. Tetapi saya setuju sangat dengan apa di sebut di atas oleh Faisal Tehrani.

Ini pula nasihat saya tuan-tuan. 

Maha Suci Allah swt dan RasulNya telah memberi kepada kita panduan hidup yang cukup terang dan jelas. 

Panduan itu adalah kitab Allah Al Quran al Kareem. 

Itulah 'tali dari Allah' atau 'hablu min allaah'.  
Kita berpegang kepada tali Allah ini kita akan selamat.

Jangan pula tuan-tuan membazirkan hidup dan merosakkan akal fikiran dalam otak dengan mendengar cakap kosong 'agamawan' ini. Mereka tidak lain tidak bukan bebudak kampong juga tidak lama dulu yang tidak tahu apa pun dan faham apa pun. 

Mala petaka yang telah menimpa mereka ialah mereka telah membazirkan hidup mereka untuk belajar di negara-negara, tempat-tempat dan institusi yang sekarang lebih dikaitkan dengan:

1.  peperangan yang tanpa putus, kemiskinan rakyat, korupsi semua ahli masyarakat dari raja, pemimpin, agamawan, ketua sekolah, ketua polis, ketua bomba semua sekali. Inilah trademark negara-negara itu.

2.  kedhaifan, keterkebelakangan, kezaliman dan kekejaman

3.  mencabul dan rogol penuntut perempuan, liwat penuntut lelaki, kes buli, penuntut dipukul ostard, kes penuntut mati beramai dalam kebakaran dsbnya

Hari demi hari, setiap minggu, bulan dan tahun kita terbaca kisah bodoh dan dunggu mengenai kaum syaitan dan kaum Lut ini - tanpa putus. Tanpa putus tuan-tuan.

  • Ini bukan kes terpencil atau kes terasing yang hanya berlaku di satu atau dua tempat. 

  • Ini bukan wabak macam wabak taun yang akan hilang sesudah sekian banyak masa berlalu.

  • Ini bukan serangan kanser yang boleh dipulih atau dikawal jika dikesan pada tahap awal permulaannya. Semuanya bukan.

  • Ini adalah isu DNA di mana DNA ideologi mereka adalah di bawah telunjuk syaitan. This is the problem.  

Mereka bukan pewaris nabi, mereka bukan mengikut kitab Allah pun.   

Mereka hanya pengikut firkah atau kumpulan masing-masing. Jauhilah mereka. 

Jangan mendengar hujah-hujah syaitan yang keluar dari mulut mereka. Tuan-tuan akan hancur dan jahanam bukan saja generasi ini tetapi generasi akan datang dan generasi akan datang selepas itu.  

Percayalah, tuan-tuan akan hancur jahanam. Sebenarnya ini sudah pun berlaku. Lihat saja pengaruh syaitan kejam di negara Islam yang hampir kesemuanya terbakar hangus dalam kebencian. 

Tetapi lebih sedih lagi, jauh sebelum itu tuan-tuan akan jadi bodoh, akan jadi miskin dan papa kedana, akan jadi terhina dan jadi bahan ketawa dunia. Ini garenti akan berlaku. Dan akhir sekali tuan-tuan akan dilucutkan daripada akhirat atau kesudahan yang baik. 

Janji Allah swt dan RasulNya "Walal aakhiratu khayrun laka min al oola - dan akhirat itu akan lebih baik bagi kamu daripada yang awalnya" tidak akan sampai kepada tuan-tuan. 



Tuan-tuan akan tertinggal sampan, tertinggal bas, tertinggal keretapi dan tertinggal oleh semua sekali. Your life will just be wasted.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.