`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 21, 2019

Pembangkang kecewa menteri kewangan tak hadir sesi bahas Belanjawan 2020

Abdul Azeez Abdul Rahim mempersoalkan tujuan ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Okt lalu.
KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat pembangkang kecewa dan mempersoalkan tujuan ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2020 sejak awal minggu lalu tanpa kehadiran menteri kewangan serta timbalannya.
Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berkata, situasi itu berbeza dengan zaman pemerintahan kerajaan terdahulu yang akan memastikan Kementerian Kewangan menghantar wakil untuk mencatat semua isi perbahasan belanjawan di Dewan Rakyat.
“Kami dulu, menteri kewangan kedua akan tunggu sampai habis bahas. Sekarang, tak ada (wakil Kementerian Kewangan) tak apa. Dulu, timbalan menteri kewangan akan tunggu untuk dapatkan butiran yang kami bahas.
“Kadang-kadang penuh pegawai kementerian di belakang itu tulis semua yang kita cakap,” katanya sambil menambah setiausaha politik menteri kewangan yang juga ahli Parlimen tiada di Dewan Rakyat mendengar perbahasan Belanjawan 2020.
“Kita ni bahas untuk siapa? Untuk tuan speaker sajalah.”
Beliau menyifatkan ketiadaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen sangat menyedihkan kerana rakyat tidak menyedari perkara itu selepas dijanjikan bulan dan bintang pada pilihan raya umum tahun lalu.
“Dulu sebelum menang cakap ‘hari ini menang, esok harga turun’. Hari ini, apa pun tak ada.”
Untuk rekod, Rang Undang-undang Belanjawan 2020 akan digulung Lim pada Khamis ini, selepas perbahasan bermula Isnin minggu lalu.
Pada 11 Okt lalu, Lim membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.