`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 29, 2019

Pemuda PPBM puas hati DAP rujuk Ronnie Liu ke jawatankuasa disiplin

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Ronnie Liu sebelum ini dilaporkan berkata, PH boleh membentuk kerajaan tanpa PPBM.
KUALA LUMPUR: Pemuda PPBM puas hati dengan tindakan DAP merujuk Ahli Jawatankuasa Kerja Pusatnya, Ronnie Liu ke jawatankuasa disiplin parti itu atas kenyataannya Pakatan Harapan (PH) boleh membentuk kerajaan tanpa PPBM.
Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepada Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu itu.
“Semua orang kena lalui proses tertentu, tetapi yang penting saya ucapkan terima kasih kepada Loke kerana cepat bertindak dan membawa kes ini ke jawatankuasa disiplin DAP.
“Itu tindakan yang pantas dan kita tuntut keadilan berhubung kenyataan Ronnie,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
PPBM sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada Liu memohon maaf atau pimpinan DAP mendisiplinkan beliau, sebelum Pemuda PPBM mengambil tindakan balas.
Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq yang juga menteri belia dan sukan berkata, Putrajaya akan mempercepatkan usaha menyahjenayahkan ketagihan dadah melalui penubuhan sebuah jawatankuasa khas.
Katanya, jawatankuasa khas itu yang dianggotai Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan ketua setiausaha negara akan membincangkan cara membezakan penagih dan pengedar dadah, serta kaedah membantu belia terbabit dalam masalah ketagihan dadah bagi menggantikan hukuman penjara.
“Jawatankuasa ini membabitkan KBS kerana ini adalah isu anak muda. Berdasarkan statistik 2018, sebanyak 18,967 kes penagihan dadah membabitkan anak muda berbanding hanya 6,300 kes bagi golongan dewasa.
“Ini bermaksud jumlah kes penagihan dadah membabitkan anak muda adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding golongan dewasa. Ini adalah isu serius.
“Pendirian KBS dalam mesyuarat Kabinet dan jawatankuasa khas anak muda adalah untuk asingkan rawatan antara penagihan dadah dan pengedar dadah. Penagih dadah bukan penjenayah dan tidak patut dipenjarakan.” - FMT

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.