`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 12, 2019

Taufan kuat Hagibis dijangka badai Jepun malam ini

Taufan Hagibis dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan air laut pasang dengan potensi risiko bencana alam.
PUTRAJAYA: Orang ramai yang ingin melancong ke Jepun dinasihati supaya menyemak jadual penerbangan dan merancang perjalanan ekoran taufan kuat yang dikenali sebagai “Hagibis” dijangka membadai Jepun di daerah Tokai dan Kanto, termasuk Tokyo malam ini.
Ribut itu dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan air laut pasang dengan potensi risiko bencana alam, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu juga menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap di Jepun supaya berada di dalam rumah, sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan terkini cuaca serta pengumuman agensi keselamatan awam mengenai taufan itu.
Dalam kes kecemasan, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menghubungi Pegawai Wisma Putra (24 jam) di 03-8887 4570, Kedutaan Malaysia di Tokyo +81 90 6423 9662, Tourism Malaysia (Tokyo) + 81 3 3501 8691 dan Tourism Malaysia (Osaka) +81 6 6444 1388.
Wisma Putra berkata, Malaysia akan terus memantau keadaan dengan teliti.
Pihak berkuasa Jepun menasihatkan orang ramai yang berada dalam laluan taufan itu supaya membuat persediaan dan mengambil setiap langkah yang mungkin untuk memastikan keselamatan.
Perkhidmatan pengangkutan awam dan penerbangan di kawasan yang terjejas juga dijangka dibatalkan atau digantung. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.