`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 12, 2019

UTM janji selesaikan isu yuran mahasiswa MJIIT

Sekumpulan mahasiswa MJIIT UTM mengadakan ‘flash mob’ membantah kenaikan yuran kampus itu di depan pintu masuk utama Parlimen pada 9 Julai lalu.
PETALING JAYA: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata pihaknya telah mengusahakan beberapa siri perbincangan berhubung isu yuran pengajian Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).
Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM melalui satu kenyataan berkata pelbagai maklum balas diberi kepada kumpulan mahasiswa yang dikenali sebagai “MJIIT Voices” sejak isu itu diketengahkan melalui surat rasmi, kenyataan rasmi melalui laman media sosial dan e-mel.
“Tuntutan para pelajar diambil maklum dan sedang diperhalusi oleh semua pihak,” menurut kenyataan itu.
Katanya, pertemuan dengan pelajar juga diadakan dan perbincangan tersebut termasuklah MJIIT berautonomi penuh dari segi tadbir urus dan kewangan sejak 26 Mei 2010 dan kos sebenar mengikuti pengajian tanpa subsidi di MJIIT ialah RM79,868 untuk 4 tahun atau 8 semester.
“Namun, pihak universiti bersetuju menanggung 49% daripada yuran berkenaan, sekaligus mengurangkan yuran yang dikenakan kepada pelajar MJIIT kepada RM 40,000 untuk 4 tahun atau 8 semester,” katanya.
Ia juga berkata UTM berusaha memberikan peluang pendidikan berkualiti kepada semua golongan dan turut menawarkan kemudahan kepada pelajar dari golongan B40.
“Melalui skim ini, pelajar B40 diberi pengurangan sebanyak 80% dari kadar yuran normal MJIIT.”
Menurut kenyataan itu lagi, unit undang-undang UTM dan Kementerian Pendidikan sedang membuat penelitian berhubung tuntutan pemansuhan yuran MJIIT dan pemulangan bayaran yuran.
“Bagi meringankan beban pelajar, UTM sedia membantu dan membuka ruang kepada pelajar dalam penukaran kursus atau fakulti, bagaimanapun sehingga kini hanya dua pelajar yang membuat permohonan dan bukan dalam kalangan pelajar yang membuat demonstrasi.”
Semalam, puluhan mahasiswa MJIIT mengadakan perhimpunan aman di luar pagar Parlimen bagi mengutarakan isu tuntutan berkaitan yuran pengajian MJIIT.
9 Julai lalu, sekumpulan mahasiswa MJIIT bertindak melakukan “flash mob” sebagai tanda bantahan terhadap Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang didakwa berdiam diri dalam kemelut kenaikan yuran universiti tersebut.

Empat mahasiswa itu menggesa tindakan lanjut Maszlee dalam isu kenaikan yuran dari RM945 hingga RM5,000 setiap semester meskipun sudah beberapa kali membuat rundingan dengan beberapa pihak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.