`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 13, 2022

Beli, tawar ADUN punca Warisan tumbang di Sabah, dakwa Shafie

 

Shafie Apdal menjadi ketua menteri Sabah selepas PRU14 apabila Warisan mendapat majoriti mudah 35 kerusi bersama sekutunya dalam PH, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN.

LABUAN: Presiden Warisan Shafie Apdal mendakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah pada pilihan raya negeri 2020 (PRN 2020) adalah berpunca daripada budaya tawar-menawar yang membawa kepada beberapa ADUN melompat ke parti lain, dan bukan disebabkan kehilangan mandat rakyat.

“Kenapa ada yang melompat, saya difahamkan ada yang membeli dan ada yang menawar,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) malam tadi.

Bagaimanapun pada PRN 2020, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 38 kerusi DUN dan membentuk kerajaan negeri manakala Warisan Plus (Warisan, DAP, Amanah, UPKO dan PKR) hanya memperoleh 32 kerusi DUN dan baki tiga kerusi DUN lagi, dimenangi calon bebas.

Sementara itu Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dalam majlis pemimpin bersama rakyat di Membakut, di sini semalam dilaporkan berkata, kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat tidak akan bertahan lama.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Hajiji merangkap pengerusi GRS mendakwa pentadbiran Warisan sebelum ini bukan berdasarkan mandat rakyat tetapi disebabkan ada wakil rakyat yang melompat hingga menyebabkan kerajaan BN ketika itu jatuh.

Pada 12 Mei 2018, Shafie dilantik ketua menteri Sabah selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada Umno dan dua daripada UPKO yang berpaling tadah kepada Warisan.

Bagaimanapun pada 30 Julai 2020, Shafie mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Perkembangan politik di Sabah ketika itu menjadi hangat apabila bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Sabah sehari sebelum pengumuman pembubaran DUN .

Ketika itu, DUN Sabah mempunyai 65 kerusi dengan blok kerajaan menguasai 45 kerusi manakala blok pembangkang 20 kerusi.

Blok kerajaan terdiri daripada Warisan (31 kerusi), DAP (6), UPKO (2), PKR (2) dan ADUN dilantik (4), sementara blok pembangkang pula merangkumi Bersatu (9), PBS (4), STAR (3), Bebas (2), Umno (1) dan ADUN dilantik (1). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.