`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 13, 2022

Terlalu ‘sibuk’ boleh jadi liabiliti walaupun ‘nama besar’, kata Razali

 

Razali Ibrahim percaya beliau lebih mudah didekati rakyat berbanding pesaingnya yang lebih terkenal.

PAGOH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pagoh, Razali Ibrahim, percaya beliau yang lebih mudah didekati dan suka lepak di warung mampu menyaingi lawannya yang lebih terkenal.

Razali pada PRU15 mencabar gergasi Pagoh, Muhyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional (PN) dan bersaing dengan ahli geofizik, Iskandar Shah Abd Rahman daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia politik dan berkata ada kemungkinan pemimpin-pemimpin besar seperti Muhyiddin tidak dapat ‘duduk di bawah’ bersama rakyat di kawasan masing-masing, seperti makan di warung.

“Benda kecil sahaja. Saya biasa makan di Muar macam itu. Dia (peniaga) beritahu saya ‘terima kasih Datuk (Razali) datang makan’…rupanya di situ jarang dapat jumpa ‘Abah’ di warung,” katanya kepada FMT, merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada Muhyiddin sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Razali bagaimanapun menambah Muhyiddin “mungkin sibuk”, walaupun rakyat di bawah ‘merindui’ pemimpin mereka.

Beliau percaya terlalu sibuk sehingga tidak dapat memperuntukkan masa untuk rakyat di kawasan sendiri boleh menjadi liabiliti walaupun ‘nama besar’.

“Nama memang sentiasa ada tetapi fizikalnya…rupanya ramai tak pernah jumpa. Jadi saya rasa itu perkara yang boleh beri kelebihan kepada saya sebab saya suka lepak di warung,” katanya.

Muhyiddin dua kali mewakili rakyat Pagoh, iaitu 1978-1982 dan 1995 sehingga sekarang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.