`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 20, 2022

BN kembali dominasi Negeri Sembilan

 

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan melakar kejutan apabila menang di Rembau dengan majoriti 19,897 undi, walaupun bertanding buat kali pertama untuk kerusi Parlimen.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) kembali menjadi dominan di Negeri Sembilan apabila gabungan itu berjaya merampas dua kerusi Parlimen sambil mempertahankan tiga kerusi dipegangnya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Calon BN Adnan Abu Hassan merampas kerusi Parlimen Kuala Pilah daripada pembangkang, manakala Esam Mohd Isa meraih kemenangan di Tampin.

Kerusi Parlimen Rembau dipertahankan menerusi Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, Jelebu menerusi Jalaluddin Alias dan Jempol oleh Shamsulkahar Mohd Deli.

Kemenangan ini membolehkan BN dapat kembali menguasai lima daripada lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Negeri Sembilan.

Tiga lagi kerusi, iaitu Seremban, Rasah dan Port Dickson dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

Mohamad melakar kejutan apabila memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,897 undi, dalam pertandingan beliau buat kali pertama bagi kerusi Parlimen, lapor Berita Harian.

Beliau yang juga pengarah pilihan raya BN memperoleh 53,075 undi, menewaskan Jufitri Joha (PH), Mohd Nazree Mohd Yunus (Perikatan Nasional), S Tinagaran (Parti Sosial Malaysia) dan Ramly Awaluddin (Pejuang).

Pada PRU lepas, kerusi Rembau dimenangi Khairy Jamaluddin dengan majoriti 4,364 selepas meraih 36,096 undi. Pada PRU kali ini, Khairy bertanding di Sungai Buloh bagi memberi laluan kepada Mohamad.

Lima kerusi Parlimen tersebut selama ini menjadi deposit tetap BN di Negeri Sembilan, namun penolakan besar-besaran pengundi menyebabkan gabungan itu terlepas kerusi Kuala Pilah dan Tampin pada PRU14.

Kejayaan BN Negeri Sembilan pada PRU15 hampir pasti menjadi petunjuk kepada pemimpin gabungan itu dalam persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN), dijangka akan diadakan antara Mac hingga Jun tahun depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.