`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 20, 2022

Hujan lebat, ribut petir dijangka di 4 negeri

 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa antara kawasan terlibat di Pulau Pinang ialah daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat termasuk Pulau Pinang, membabitkan daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

Di Selangor pula, kawasan Kuala Langat dan Sepang dijangka terkesan, manakala Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson dan Melaka di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.