`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 16, 2022

Calon pengganti Maria anggap PJ dekat di hati

 

Calon Parlimen PJ PKR Lee Chean Chung mengakui perlu membuktikan dirinya kepada pengundi.

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, mungkin anak jati Kuantan, namun PJ bukanlah asing baginya apabila pernah tinggal di situ pada 2003 selama sedekad.

Lee berkata, pengalamannya selama hidup di PJ memudahkannya memahami isu dihadapi penduduk di situ pada hari ini, namun beliau mengakui mempunyai tanggungjawab besar untuk memikul tugasan yang pernah digalas bekas Ahli Parlimen di situ, Maria Chin Abdullah.

“Saya pernah tinggal di PJ selama 10 tahun. Memang saya kenal benar kawasan ini,” kata Lee, yang juga pernah memegang jawatan naib ketua pemuda PKR Petaling Jaya Utara pada 2010.

Lee berkata beliau pernah bekerja rapat bersama kumpulan-kumpulan di PJ sebelum ini, malah menegaskan mereka bukan asing baginya, selain menyuarakan azam untuk meneruskan kerja hebat Maria.

“Memang besar tanggungjawab yang perlu saya galas daripada Maria. Beliau begitu banyak melakukan pelbagai aktiviti pemerkasaan, malah begitu dipuji ramai penduduk dan kumpulan.

“Saya memang perlu membuktikan keupayaan diri untuk meneruskan tahap perkhidmatan tinggi beliau untuk penduduk PJ,” katanya.

Keputusan PKR untuk mencalonkan Lee dan bukannya Maria mencetuskan kekecewaan segelintir penduduk yang menganggapnya sesuatu yang tidak perlu.

Disoal bagaimana beliau mampu meyakinkan penduduk supaya menerimanya sebagai Ahli Parlimen, Lee berkata tiada formula magis, sebaliknya penting supaya rakyat tahu beliau akan bersama mereka untuk tempoh jangka panjang.

“Umum mengetahui pengundi di PJ antara yang paling sofistikated di Malaysia. Adalah penting untuk mereka yakin bahawa saya bukan sekadar mahu bertanding, malah akan berada di sini untuk tempoh lama demi berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak pernah membayangkan dirinya sebagai ahli politik, tetapi pada usia muda merasa tidak berpuas hati bahawa peluang dan keistimewaan lebih mudah untuk golongan tertentu saja.

Ads by Kiosked

“Kita diajar, sekiranya melakukan yang terbaik kita akan berjaya, namun itu bukan hakikatnya apabila memasuki masyarakat,” katanya dengan menambah perkara ini membakar semangatnya untuk masyarakat yang lebih adil.

Beliau juga melihat perubahan struktur dan pembaharuan institusi yang ada tidak cukup untuk membawa perubahan sebenar, sebaliknya ahli politik yang bagus sebenarnya penting untuk tujuan itu.

“Kita mungkin mempunyai sistem terbaik, tetapi jika orang yang melaksanakannya di peringkat atasan bukan yang terbaik mereka masih mampu mengawal sistem itu. Tugas saya sebagai orang dalam parti adalah untuk turut memastikan calon yang terbaik,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa PJ memerlukan “Cina berpendidikan” ketika melepaskan Maria, Lee berkata terpulang kepada kepimpinan untuk menyatakan pandangannya namun beliau sendiri tidak menggunakan isu perkauman.

“Kita tidak sekadar melabel diri kita berdasarkan kaum. Saya juga mahu membuktikan keupayaan sendiri berdasarkan rekod prestasi, bukan semata-mata atas identiti saya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.