`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 12, 2022

Felda di Johor masih kubu kuat BN, kata Onn Hafiz

 

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, warga Felda tahu siapa yang membela mereka dari dahulu sampai sekarang dan BN juga menjaga ekonomi mereka. (Bernama pic)

KULAI: Kawasan Felda di Johor masih merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), menurut Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor itu berkata, ia boleh dilihat berdasarkan sambutan yang diterima daripada warga peneroka pada setiap program dianjurkan BN di negeri ini.

“Warga Felda tahu siapa yang membela mereka dari dahulu sampai sekarang dan BN juga menjaga ekonomi mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan #budakFELDA 2022 anjuran Majlis Belia Wilayah Johor Bahru di sini hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata Felda bukan lagi kubu kuat BN, selain komuniti itu sudah berubah dan memberi sambutan kepada parti politik lain serta terbuka dengan sebarang perubahan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan cuti khas pada 20 Nov sempena hari pengundian 19 Nov ini bagi menyelaras cuti mingguan serta menggalakkan mereka yang menetap di Johor untuk pulang mengundi ke tempat masing-masing.

“Nanti kita pertimbangkan,” katanya ringkas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.