`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 20, 2022

Giliran MCA gesa Zahid letak jawatan

 

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon kecewa dengan keputusan menangguhkan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang sepatutnya diadakan pada 8 malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Giliran MCA, parti komponen Barisan Nasional menggesa Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai pengerusi gabungan itu, selepas kalah dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata, parti itu sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

“Beliau harus meletak jawatan dengan terhormat supaya seorang pemimpin baharu dapat mengambil alih pucuk pimpinan BN bagi menentukan hala tujunya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut kecewa dengan keputusan Zahid menangguhkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan malam ini.

“Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas PRU15, keperluan mesyuarat Dewan Tertinggi amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan BN sebagai satu blok.

“MCA mengambil pendirian tegas bahawa tiada pihak yang berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN.”

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan mengumumkan mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dijadualkan 3 petang tadi ditangguhkan. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sepatutnya diadakan 8 malam ini pula dibatalkan.

Dalam pada itu, Calon BN di Padang Serai, C Sivarraajh berkata, keputusan PRU15 menghantar mesej jelas bahawa Zahid perlu memberi laluan kepada pemimpin lain untuk menerajui BN.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy pula berkata, BN perlu berusaha memulih dan memperbaiki kekurangannya dengan segera.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad menggesa Zahid berundur.

Mereka berkata, Zahid perlu “berjiwa besar” seperti Najib Razak yang berundur selepas kekalahan BN pada PRU14. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.