`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 20, 2022

Jangan takut, mari jadi pembangkang, kata Isham

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil berkata, BN perlu menjadi pembangkang yang baik untuk mendapatkan semula sokongan dan kepercayaan rakyat.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil berkata, Barisan Nasional (BN) harus menjadi sebahagian daripada blok pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang, berbanding menyertai mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Dalam kenyataan di Facebook, Isham berkata, BN harus menghormati keputusan rakyat yang “mahukan” mereka menjadi pembangkang.

“Semasa 22 bulan kita menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-14 dahulu, rakyat telah kembali menyokong kita.

“Bagaimanapun, sokongan dan kepercayaan tersebut terhakis apabila kita membentuk kerajaan campuran selepas Langkah Sheraton,” katanya.

Langkah Sheraton menyaksikan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan beberapa pemimpin PKR keluar parti menyebabkan kerajaan PH tumbang pada 2020.

Hari ini, Istana Negara menitahkan pemimpin parti membentuk gabungan parti yang mempunyai paling banyak kerusi untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

PRU15 semalam menyaksikan tiada satu pun parti atau gabungan berjaya memenangi 112 kerusi untuk memiliki majoriti mudah di Dewan Rakyat.

PH bersama Muda memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 82. Diikuti Perikatan Nasional (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan dua calon bebas.

“Kini sebagai pembangkang, kita dalam Umno dan BN boleh bina semula kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap kita, berbanding jika kita menjadi kerajaan pada masa ini.

“Kita perlu berani menjadi pembangkang yang kuat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.