`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 20, 2022

Parlimen tergantung bencana kepada ringgit, pasaran saham, kata pakar ekonomi

 

Pakar ekonomi berkata, cabaran utama kerajaan baharu adalah mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Parlimen tergantung akan memburukkan lagi ketidaktentuan dalam negara dan menjejaskan ekonomi, kata ketua sebuah badan pemikir.

“Ia akan mencetuskan kebimbangan dalam pasaran. Kita boleh menjangkakan pergolakan di mana ringgit dan pasaran saham paling terjejas,” kata Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran.

Ferlito berkata, disebabkan tiada parti yang mempunyai majoriti, kerajaan baharu dijangka terdiri daripada parti politik yang mahu menjatuhkan satu sama lain.

Katanya, dasar populis mungkin diutamakan berbanding dasar yang diperlukan negara.

“Semua pakar ekonomi bersetuju 2023 akan menjadi tahun sukar dan ini bermakna kerajaan perlu bersedia membuat keputusan sukar demi kepentingan ekonomi, walaupun ia tidak popular,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Ferlito tidak melihat kerajaan akan mengambil langkah sedemikian.

Sebaliknya, seperti dua tahun lalu, beliau percaya negara akan melihat lebih banyak keputusan populis, kurang konsisten dalam pelaksanaan dasar dan pusingan U.

Yeah Kim Leng daripada Fakulti Perniagaan Universiti Sunway berkata, Parlimen tergantung “tidak ideal” dan bersetuju dasar populis dijangka berterusan.

“Selain ketidaktentuan dasar, terdapat juga kebimbangan perbelanjaan awam ditangguhkan sehingga kerajaan baharu ditubuhkan.

“Pelabur mahu sesuatu yang jelas, jadi jangkakan keputusan besar mengenai pelaburan di Malaysia akan ditangguhkan sehingga semuanya selesai,” katanya kepada FMT.

Namun katanya, Malaysia pernah melalui peralihan kuasa secara aman tanpa pergolakan politik.

“Semua gabungan secara amnya mesra pasaran. Cabaran utama kerajaan baharu adalah mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil. Tanpa pembaharuan fiskal, kita akan melihat hutang negara bertambah.”

Jun lalu, hutang Malaysia dilaporkan mencecah RM1.3 trilion. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.