`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 25, 2022

Jaga tingkah laku, elak provokasi, Sultan Selangor nasihat penyokong

 

Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap penyokong bersikap matang dan tidak melayan provokasi berlebihan. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan penyokong Selangor FC menjaga tatatertib dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin berharap penyokong pasukan Merah Kuning itu tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan, termasuk terbabit dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apapun keputusan perlawanan.

Hantaran itu turut memaklumkan Sultan Selangor berharap setiap penyokong haruslah bersikap matang dan tidak melayan provokasi berlebihan.

Sultan Sharafuddin juga mahu semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekali gus memberi suntikan semangat kepada pemain.

Baginda turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Selangor FC dan JDT, menurut hantaran itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.